JOHOR BAHRU — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu, Nurul Izzah Anwar menegaskan parti itu perlu melakukan reformasi dalaman yang serius bagi memastikan ia kekal relevan menghadapi cabaran masa depan sebagai sebahagian daripada kerajaan.
Nurul Izzah berkata, terdapat keperluan mendesak untuk membina daya tahan institusi parti agar tidak goyah dalam menghadapi tekanan politik dan perubahan landskap semasa.
Menurutnya, PKR harus tegak utuh dan bertingkatkan kekuatan idealisme jika mahu terus menjadi kuasa politik yang diyakini rakyat.
“Cabaran sebagai sebuah kerajaan itu nyata, maka parti ini perlu diperkukuh dari dalam. Kita perlu reformasi dalaman yang ikhlas dan menyeluruh agar parti ini kalis cabaran masa depan,” ujarnya selepas Kongres Nasional PKR yang berakhir hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menekankan kekuatan sebenar sesebuah parti bukan sahaja terletak pada struktur pimpinan tertinggi tetapi juga pada akar umbi dan petugas lapangan yang sering kali tidak diberi perhatian tetapi menjadi tonggak kejayaan sebenar.
Dalam pada itu, beliau mengajak semua pemimpin dan ahli untuk menjadi lebih peka dan mendengar suara peringkat bawahan.
“Kita mahu menjadi mata dan telinga akar umbi. Kita harus sentiasa saling mengingatkan dan berpegang pada prinsip fastabiqul khairat, berlumba-lumba dalam kebaikan,” katanya.
Kenyataan itu jelas Nurul Izzah boleh diterjemahkan dalam konteks 24 bulan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ujarnya, keperluan untuk memperkukuh parti sebagai satu organisasi yang bersedia menghadapi pilihan raya bukan sekadar bergantung kepada kekuatan individu semata-mata.
“Apa pun kita harus pertahankan dan jaga semangat setia kawan kita,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment