NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pastikan tiada pihak terluka selepas pemilihan PKR – Aminuddin



JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan berkesan dan tidak meminggirkan mana-mana pihak selepas pemilihan parti.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia bagi memastikan tidak ada pihak yang terus terluka selepas kalah dalam pemilihan tersebut.

“Kita harap parti ini terus hebat selepas ini dan kita juga berharap presiden parti dapat menjalankan amanah yang kita tanggug sama-sama ini untuk pastikan tidak ada yang terluka atau terhiris.

“Kita juga harap parti akan terus kuat selepas ini,” katanya berucap dalam penggulungan di Kongres Nasional PKR di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar.

Aminuddin berkata, beliau sempat bertemu dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk  Datuk Seri Rafizi Ramli malam tadi selepas keputusan pemilihan PKR 2025 diumum malam tadi.

“Semalam selepas selesai pengumuman keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), saya mengajak Rafizi untuk minum dan makan.

“Banyak perkara dibincangkan termasuk luahan hati kami berdua. Rafizi pada mulanya memaklumkan akan hadir ke hari terakhir Kongres Nasional PKR 2025 hari ini,” ujar Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Terdahulu media melaporkan Rafizi yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi, tidak kelihatan pada hari terakhir Kongres Nasional PKR 2025 hari ini.

Ketidakhadiran Menteri Ekonomi itu  mencetuskan pelbagai spekulasi di dewan kongres ketika beberapa perwakilan ternanti-nanti kemunculan beliau.

Keputusan rasmi jawatan Majlis Pimpinam Pusat (MPP) 2025-2028 termasuk Timbalan Presiden diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pukul 10.30 malam tadi selepas selesai ucapan perasmian Kongres Nasional PKR 2025 oleh Anwar.

Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh memperoleh 9,803 undi untuk menewaskan penyandang jawatan itu, Rafizi yang meraih 3,866 undi. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo