KUALA LUMPUR, 26 ZULKAEDAH —Himpunan yang menyuarakan isu membabitkan kepentingan Melayu bukan sekadar retorik atau simbolik semata-mata, tegas Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali.
Beliau yang juga anggota Sekretariat Himpunan Melayu Berdaulat berkata, pihak yang membuat tuduhan sedemikian sebenarnya yang bersikap retorik dan sudah menjadi ‘barua’ kepada golongan yang mahu menyaksikan kejatuhan Melayu.
“Barua-barua ini ada di mana-mana, bila-bila masa.
“Kita jangan peduli mereka sedikit sahaja. Mereka lebih menjadi upahan untuk mendatangkan sakit hati kepada kita,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Himpunan Melayu Berdaulat yang dianjurkan Sekretariat Gabungan NGO Melayu Islam bermula jam 2.30 petang tadi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Tinjauan TV Pertiwi mendapati, ratusan orang membanjiri hadapan kompleks Sogo sambil melaungkan slogan Melayu Berdaulat, manakala kelihatan juga kehadiran pihak berkuasa untuk mengawal keselamatan.
Perhimpunan itu diadakan serentak di empat lokasi utama Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Raja Laut, dan Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru sebelum para peserta berarak menuju ke pusat beli-belah SOGO sebagai lokasi perhimpunan utama.
Perhimpunan ini bertujuan untuk menyuarakan pelbagai isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, termasuk bantahan terhadap cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA) serta isu tanah rizab Melayu.
Dalam pada itu, Syed Hassan berkata, meskipun sasaran kehadiran 15,000 peserta tidak tercapai, pihaknya tetap berpuas hati dengan hasil penganjuran perhimpunan tersebut.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment