NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PMX disaran jumpa, dengar luahan NGO berhubung URA – Syed Hasan



KUALA LUMPUR, 26 ZULKAEDAH — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran mengadakan perjumpaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam supaya dapat berbincang isu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali berkata, saranan itu kerana bimbang Perdana Menteri berkemungkinan tidak diberi penerangan jelas berhubung URA dan implikasinya terhadap orang Melayu di bandar sekiranya ia dilaksanakan.

Syed Hasan berkata, beliau bimbang pemimpin negara hanya diberi maklumat oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi dan hanya mensasarkan keuntungan selain mahu menjaga kedudukan.

“Saya percaya beliau tidak mendapat penerangan yang jelas.

“Maklumat yang sampai kepada beliau hanyalah daripada penjilat-penjilat sesetengah pegawai kerajaan yang ada sekarang, yang hanya mementingkan untuk menjaga kedudukan dan memastikan kontrak mereka dapat disambung.

“Kalau boleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa dengan NGO. Dapatkan penerangan yang lebih jelas daripada mereka yang cuba dapat keuntungan daripada URA itu nanti,” katanya kepada wartawan ketika berlangsungya Himpunan Melayu Berdaulat hari ini.

Dalam perkembangan lain, pempengaruh, Rafidah Ibrahim yang turut hadir perhimpunan berkenaan turut menggesa supaya Pejabat Tanah memberi keutamaan kepada isu Kampung Sungai Baru dan meneliti segala butiran dan dokumen yang dihantar kepada pihak berkuasa itu.

Beliau berkata, ini kerana masih ada penduduk di kawasan perumahan yang sedang dirobohkan.

“Kami ni masih lagi ada penduduk kat situ dan tempat kami sekarang ni tengah diranapkan, dirobohkan. Jadi tolong fokus dekat situ. Ini bukannya tempat yang kosong, tak ada manusia.

“Ada manusia yang hidup yang tinggal dekat situ. Jadi tolong bagi penekanan.

Saya bagi penekanan ni kepada Pejabat Tanah. Kami dah hantarkan segala dokumen. Tolong tengok dokumen daripada penduduk Kampung Sungai Baru,” tambah beliau.


Sumber  | TV Pertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo