NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hala tuju baharu pendidikan negara perlu pendekatan berani, menyeluruh – PM Anwar



  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan merangka strategi dan hala tuju baharu pendidikan negara secara berani dan menyeluruh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
  • “Dunia sedang berubah pantas dan kita boleh berpuas hati dan terperangkap dengan nostalgia atau terikat dengan perancangan silam yang mungkin sudah tidak lagi relevan,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan merangka strategi dan hala tuju baharu pendidikan negara secara berani dan menyeluruh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Beliau berkata dasar lama perlu disemak dan pendekatan sedia ada perlu disegarkan supaya setiap pelaburan melalui RMK-13 dapat membentuk sistem pendidikan yang adil, berpandangan jauh dan mampan.

“Setiap wang yang dilaburkan harus membuahkan hasil dalam sistem pendidikan yang menjulang masa depan negara yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan petang semalam bagi membincangkan strategi dan hala tuju pendidikan negara menjelang RMK-13.

Perdana Menteri berkata antara perkara dibincangkan termasuk pendidikan prasekolah, latihan guru serta peningkatan kemahiran di Institut Pendidikan Guru (IPG), pelaksanaan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan pemantapan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Turut disentuh ialah pengajian peringkat Tingkatan Enam dan matrikulasi, isu keciciran murid, permit mengajar bagi sektor awam dan swasta serta keperluan menyusun semula Pelan Induk Pendidikan Negara agar lebih selari dengan keperluan semasa.

Anwar berharap segala intipati dan iltizam daripada perbincangan itu dapat digerakkan secara tersusun, menyeluruh dan berani demi masa depan anak-anak, pendidik serta keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

“Dunia sedang berubah pantas dan kita boleh berpuas hati dan terperangkap dengan nostalgia atau terikat dengan perancangan silam yang mungkin sudah tidak lagi relevan,” katanya. — BERNAMA






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK sangat marah kepada sami Buddha dan paderi Hindu kerana selalu mengganggu sami Buddha dan membakar kuil Hindu di Taman Daya, Kepong. Dia akan menderita dalam hidup ini, Allah akan menghukum dia dan keluarganya, kini dia hidup sendirian tanpa ada kawan dengannya

    Akhir sekali, dia menggunakan polis dan samseng untuk memaksa masyarakat Cina anda dan menipu serta menghina masyarakat Cina kita. Juga, semasa dia dalam politik, dan dia bercakap buruk tentang parti lain, lelaki ini tidak boleh menjadi manusia.

    Ada sesiapa yang tahu mengadu kepada Sultan Selangor, dan dia mesti mengembalikan gelaran Datuk kepada Sultan secepat mungkin, kerana ini menyebabkan Sultan kelihatan buruk atau tidak berkualiti kepada persatuan sultan, dia mendapat gelaran daripada Sultan, DIBELI ATAU DITAWARKAN, kita tidak tahu.

    DATUK YIP KUM FOOK adalah seorang peguam, dan beliau bukanlah seorang peguam sebenar kerana beliau tidak belajar undang-undang di mana-mana institut; dia membeli sijil undang-undang sahaja. Dia seorang peguam berlatih sahaja, tetapi tidak belajar teori selama 6 tahun kerana melakukan kesilapan dalam undang-undang, dunia ini tidak ada peguam yang disaman oleh orang biasa.

    DATUK YIP KUM FOOK melakukan perkara jahat kepada orang dan membayar seseorang untuk melakukan ILMU HITAM ke atas musuhnya; ramai orang mati dan menderita kerananya, dan ramai orang Cina kita tahu tentang jampi roh

    DATUK YIP KUM FOOK menipu orang IC dan mengambil orang IC untuk diberikan kepada penipu. Ah Chong (Ng) adalah mangsa. Kini Ah Chong adalah polis yang menghubunginya, dan juga pegawai bank yang menghubunginya tentang meminjam wang, tetapi Ah Chong tidak pernah berhutang dengan sesiapa pun. Ah Chong pernah memberikan IC kepada Datuk Yip Kum Fook sebelum ini

    LOKE, TAMAN EHSAN, KEPONG

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo