Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, walaupun Menteri Besar Perak mendakwa BN boleh memperoleh 18,000 undi, hakikatnya angka itu tidak dicapai berdasarkan keputusan rasmi.
“Sebenarnya dia patut dapat 15,000 undi, tetapi hanya dapat 11,000 lebih, hampir 5,000 undi dia tak dapat.
“Kita malas nak cakap soal penyalahgunaan jentera kerajaan, termasuk kawan-kawan Pakatan Harapan (PH) dulu yang duk guling-guling atas jalan perjuangkan demokrasi dan pilihan raya bersih, sekarang mereka buat benda sama, bohong saja,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PAS Pusat di Dewan The Grand, Lukut di sini hari ini.
Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata, jika BN tidak menggunakan jentera kerajaan, barulah perkara itu boleh dianggap luar biasa, tetapi menggunakan jentera kerajaan bukan lagi satu berita.
Katanya, PN juga tidak bercadang membuat laporan berhubung perkara itu kerana beranggapan ia hanya membuang masa, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai.
“Kita tengok juga faktor undi putih kita yang tak balik, ada kekangan cuti, baru balik raya, jadi itu faktor yang kita kena lihat. Undi kita tak lari, kurang sikit saja, sekitar 700 lebih. Itu pun kerana kekangan tertentu,” katanya.
Idris berkata, tidak berlaku sebarang pindahan undi daripada PN kepada PH, sebaliknya hubungan antara Umno dan DAP semakin kukuh.
“Apa yang penting, jawapan yang paling jelas adalah ‘UmDAP mantap’. Tak perlu kami bersyarah panjang, jawapan sudah pun diberikan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menggesa supaya sistem pemantauan pilihan raya diperkasakan lagi.
Beliau berkata, setiap kali pilihan raya diadakan, pemantau perlu membuat laporan kepada parti politik sepanjang tempoh kempen sehingga hari pengundian.
“Parti politik ialah klien mereka. Mereka perlu dapatkan maklum balas daripada kami. Pemantauan bukan sekadar wujud, tetapi mesti ada pelaporan setiap kali pilihan raya kecil,” katanya.
Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan maklum balas terhadap laporan dan bantahan yang dikemukakan oleh BERSIH.
“Banyak komen dilontarkan oleh BERSIH terhadap pelanggaran peraturan, tetapi SPR perlu memberi respon. Kalau tidak, apa maknanya ada pemantau pilihan raya? Setiap kali pilihan raya, isu yang sama berulang,” katanya.
Dalam pada itu, Idris turut mempersoalkan ketidakseragaman tindakan SPR ketika hari pengundian, khususnya berhubung pemasangan khemah.
“Saya pelik, sedangkan peraturan SPR membenarkan apa-apa pembangunan dalam lingkungan 50 meter, tiba-tiba semalam tak dibenarkan. Tapi di Coldstream mereka tak ganggu pun.
“Saya masuk pukul 3.40 petang, ambil gambar, khemah di sana bukan sahaja dipasang, malah melimpah ke jalan besar dua hingga tiga kaki,” katanya.
Beliau turut berkata, tindakan SPR itu bersifat ‘double standard’ dan berkata pihak yang berkait dengan BERSIH adalah ‘mesra PH’.
“Sebab tu isu-isu pilihan raya ni kita bukan kami kata geng BERSIH ni geng PH sebenarnya mereka, sebab tu mereka boleh bagi F, mesra PH dia orang ni kan.
“Jadi kita tengok mereka pun komen tak tahulah sebab tu hari ni kalau ajak demo pun dia orang tak nak demo dah rasa menyesal,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/4/2025
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment