NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enam rangkap pantun untuk Ustaz Muhaimin




SEMPENA
 selesai Puasa Enam semalam, saya nak bagi Enam Pantun buat sahabat saya Ustaz Abdul Muhaimin Malek dan para pejuang yang mendukung perjuangan ini di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning, Perak.

Pertama:

Solat berjamaah doa diamin
Saf dirapat menyatu jiwa
Wakil kita Abdul Muhaimin
Dukunglah dia sepenuh jiwa

Kedua:

Sebulan beraya hati gembira
Adat dijaga ibadat dipelihara
PN perjuang hidup sejahtera
Abdul Muhaimin menjadi wira

Ketiga:

Rakyat mahu memilih pemimpin
Air kuning menjadi saksi
Abdul Muhaimin jadi pemimpin
Orangnya mesra bahasa berisi

Keempat:

Abdul Muhaimin Alumni Syria
Bumi Anbiya’ tempat belajar
Wajahnya ceria bagai suria
Pekerti mulia insan terpelajar

Kelima:

Senang didekati mudah berkira
Abdul Muhaimin orang tempatan
PN menang rakyat gembira
Gelombang hebat si anak watan

Keenam:

Wajib Mengundi telah difatwa
Hukumnya jelas untuk dilaksana
Abdul Muhaimin punya wibawa
Undilah beliau perubahan dijana

USTAZ NASRUDIN HASAN AT-TANTAWI (UDT)
Pengerusi
Lajnah Dakwah PAS Pusat – HARAKAHDAILY 26/4/2025




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo