NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UiTM Machang tempatkan 50 pelajar terjejas tanah runtuh di kolej kediaman kampus



KOTA BHARU – Lebih 50 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang yang terjejas akibat tanah runtuh di kawasan kediaman mereka di Taman Desa Mas, November lepas, akan ditempatkan di kolej kediaman kampus semester depan.

Rektor UiTM Cawangan Kelantan Profesor Dr Mohd Afandi Mat Rani berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya dan pihaknya sedang menunggu tindakan kerajaan negeri.

“Kawasan berkenaan belum dibersihkan sepenuhnya, jadi kita tidak galakkan pelajar menyewa di lokasi itu malah semua penuntut terbabit akan ditempatkan di kolej kediaman memandangkan pada semester depan, hanya 500 pelajar bagi pengambilan baharu selain kita mempunyai kapasiti mencukupi bagi tujuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Mahabbah Kasih Ramadan UiTM Cawangan Kelantan bersama Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) dan Rumah Kelantan Tiang 12 di sini, hari ini.

Terdahulu, Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berkenan menyempurnakan majlis.

Mohd Afandi berkata isu berkenaan juga akan dibincangkan dengan pihak berkuasa tempatan dalam satu pertemuan minggu hadapan khususnya berhubung kerja-kerja penyelengaraan sisa tanah.

Dalam pada itu, beliau berkata program hari ini bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan golongan asnaf dan anak yatim yang menerima sumbangan wang dan barangan keperluan asas. – BERNAMA









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo