NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Letupan bom di Sungai Golok, penduduk Kelantan diarah patuhi arahan keselamatan



KOTA BHARU –  Penduduk Kelantan dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak keselamatan jika berhasrat untuk berkunjung ke Sungai Golok, Thailand, susulan keadaan tidak menentu di kawasan sempadan itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, suasana di pekan sempadan berkenaan ketika ini berisiko untuk dikunjungi selepas insiden serangan bom dan tembakan di pos kawalan keselamatan Pejabat Daerah Sungai Golok semalam.

“Kita sedia maklum bahawa setiap kali Ramadan ramai penduduk Kelantan ke Sungai Golok untuk membeli juadah atau berbuka puasa bersama rakan dan keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan harus diutamakan dan penduduk perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk berkunjung ke negara jiran.

Terdahulu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom tersebut sehingga situasi disahkan selamat selain sentiasa memantau perkembangan di Wilayah Narathiwat

Hari ini, Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok Apichet Jeh-Ouma dilaporkan berkata serangan semalam dipercayai bertujuan mencetuskan kekacauan di selatan Thailand.

Beliau berkata, kumpulan penyerang yang berpakaian serba hitam dan bertutup muka menaiki dua kenderaan sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi serta melemparkan bom ke arah pos kawalan. – BERNAMA








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo