BANGI, 8 RAMADAN — Ahli Parlimen Pasir Gudang menggesa pemimpin dan ahli PKR menetapkan semula hala tuju parti menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Hassan Abdul Karim berkata ia selepas PKR dilihat tidak lagi membawa agenda reformasi selepas bersekutu dengan parti rasuah.
“Saya melihat imej PKR yang ingin membawa agenda reformasi terhambat kerana bersekutu dengan parti politik yang tercemar dengan banyak rekod rasuah dan salah guna kuasa.
“Jadi adalah satu cabaran kepada pemimpin parti dan seluruh anggota PKR di seluruh negara untuk menentukan arah perjuangannya dalam menghadapi PRU yang akan datang,” kataya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PKR Pasir Gudang di Johor hari ini.
Katanya, selepas mengumumkan untuk tidak bertanding dalam Pemilihan PKR akan datang, PRU15 juga merupakan medan terakhir bergelar wakil rakyat.
“Saya sudah membuat pengumuman secara terbuka bahawa saya tidak bertanding dalam Pemilihan PKR kali ini.
“Dalam ucapan perasmian hari ini, saya mengulang lagi pengumuman bahawa saya tidak akan bertanding dalam PRU16 akan datang.
“Mengapa saya mengambil keputusan ini? Jawapannya mudah kerana umur sudah lanjut dan saya ingin membuka ruang kepada pemimpin yang lebih muda untuk mengambil alih,” katanya.
Hassan berkata Pemilihan PKR kali ini juga mengundang kekecewaannya apabila undi untuk jawatan utama dikira berdasarkan perwakilan.
Katanya, konsep itu menutup sedikit ruang demokrasi apabila suara akar umbi tidak lagi menjadi faktor pemilihan pemimpin.
“Saya kecewa sistem pemilihan di peringkat Majlis Pimpinan PKR termasuk pemilihan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden dipinda kepada pemilihan undi perwakilan.
“Tidak lagi menggunakan sistem undi secara terus daripada setiap anggota di akar umbi yang amat demokratik di mana prinsip satu anggota satu undi dilaksanakan.
“Tetapi apa yang boleh dibuat kerana Kongres Khas sudah membuat keputusannya. Sebagai ahli parti saya akur terhadap keputusan itu dan tidak mahu melanjutkannya lagi,” katanya.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment