SHAH ALAM - Pemuda UMNO mencabar Pas untuk meletakkan calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selepas dua percubaan mereka untuk menang dalam dua PRK sebelum ini gagal.
Naib Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata, sekiranya Pemuda Pas benar-benar yakin dengan sokongan pengundi Perikatan Nasional (PN), mereka harus berani menampilkan calon muda bagi membuktikan keupayaan untuk menang.
“Saya cabar Pemuda Pas sekali lagi meletakkan calon muda di PRK Ayer Kuning. Insya-ALLAH, kami yakin untuk menang,” katanya pada Sabtu.
Penglibatan pengundi muda seramai 14,000 orang di DUN Ayer Kuning dijangka menjadi penentu keputusan PRK itu kelak, maka strategi kempen efektif serta pemilihan calon amat penting bagi parti-parti bertanding.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, trend politik hari ini menunjukkan calon muda semakin mendapat tempat di hati rakyat sebagaimana dibuktikan BN dalam PRK Nenggiri dan Mahkota.
“Sewajarnya, calon muda dalam lingkungan bawah 50 atau 45 tahun diberi keutamaan kerana lebih relevan dengan situasi politik semasa,” katanya.
Mengulas desakan kepimpinan parti terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakkan calon muda dalam PRK DUN Ayer Kuning, Mohd Hairi menegaskan bahawa sayap parti itu tetap menyerahkan keputusan akhir kepada pucuk pimpinan parti.
“Saya yakin Presiden UMNO sentiasa terbuka dalam menilai calon berdasarkan pelbagai sudut khususnya dengan pengalaman beliau semasa memimpin Pemuda UMNO,” katanya.
Beliau turut berpandangan, calon daripada sayap Puteri juga layak diketengahkan terutama jika majoriti pengundi adalah golongan muda.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment