NILAI - Pembangkang menolak Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sebelum ini kerana syarat yang ditetapkan kerajaan disifatkan terlalu ketat dan tidak adil.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam syarat tersebut, PN seolah-olah perlu menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan hanya untuk mendapatkan sejumlah peruntukan.
"Saya baca kenyataan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yussof), dia kata Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) terima. Biarlah kalau Syed Saddiq terima dan PN ada sebab dan asas kenapa tak boleh terima.
"Dia (kerajaan) punya syarat itu agak luar biasa, ketat macam kita terpaksa serah segala-galanya kepada Pakatan Harapan hanya kerana nak dapat peruntukan RM200,000, RM300,000," katanya ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Parti Pribumi Bersatu Negeri Sembilan di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian menjawab mengenai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dijangka menerima peruntukan untuk kawasan Parlimennya berikutan kerajaan bersedia mempertimbang permohonannya.
Tambah Muhyiddin, seperti mana dijelaskannya sebelum ini, syarat ditetapkan kerajaan itu adalah tidak adil.
Menurutnya, ketika PN mentadbir kerajaan, semua ahli Parlimen pembangkang menerima peruntukan tanpa dikenakan sebarang syarat.
"Kalau ikut waktu kita jadi kerajaan PN dulu, kita bagi semua tak bersyarat. Sebabnya, duit itu bukan kita guna peribadi, tapi untuk rakyat di kawasan berkenaan.
"Dengan tindakan dia (kerajaan) memilih-milih bermakna dia mendiskriminasi antara yang menyokong dan tidak sokong," katanya.
Beliau percaya Syed Saddiq mempunyai sebab tersendiri untuk menerima syarat ditetapkan kerajaan, tetapi tidak kepada PN.
Tambahnya, pihaknya juga telah berusaha berunding beberapa kali dengan kerajaan berhubung peruntukan yang diharapkan.
"Kalau media bacalah apa syarat-syaratnya, semua orang kata, ini tak patut, tak munasabah, macam-macam kena sokong, macam-macam perkara.
"Macam kami yang ada pengalaman, kami teliti dan kami tahu ini bertentangan dengan prinsip kami, tak boleh terimalah," katanya.
Pada September tahun lalu, media melaporkan PN sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan menolak cadangan MoU itu kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama, selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa, serta mengongkong kebebasan.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

It’s clear that effective communication and strategic partnerships are key to creating positive change. This also made me think about howDigital Marketing Strategies often work in a similar way—building strong partnerships and crafting clear, transparent messages that resonate with the audience
ReplyDelete