Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Mohd Akmal Kamaruddin berkata, daripada enam nama yang disenarai itu PAS negeri akan menyerahkan tiga daripadanya kepada pimpinan pusat untuk dimuktamadkan.
“Kita ada enam calon yang boleh diterima masyarakat setempat, yang boleh menang, yang bertakwa, dan dari jumlah itu tiga akan diserah kepada pusat untuk dimuktamadkan.
“Mereka terdiri dari pelbagai latar belakang, kita ada profesional, orang muda, ulama, dan wanita.
“Semua calon yang dikemukakan itu merupakan anak tempatan dikenali penduduk serta aktif berkhidmat di peringkat akar umbi,” katanya kepada FMT.
Katanya, PAS Tapah dan negeri telah mengatur kesiap-siagaan untuk menghadapi PRK itu dengan memperkemas jentera dan program mendekati pengundi.
Akmal yang juga Adun Selama berkata, PAS mempunyai peluang menang di kerusi berkenaan tetapi semua pihak dalam parti termasuk PN perlu bekerja keras.
“Kita ada peluang menang tapi kita tak boleh berpeluk tubuh dan tak pandang rendah pihak lawan. Kita akan bekerja keras dan sekarang ini jentera kita akan bersiap bagi menghadapi PRK,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin memaklumkan gabungan pembangkang akan mempertaruhkan calon PAS pada PRK Ayer Kuning.
PAS bertanding di kerusi itu lima kali sejak PRU 2008, tetapi semuanya tewas.
PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan susulan kematian penyandang Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Feb lalu.
Pada PRU15, ketua Umno Tapah itu memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.
Suruhanjaya Pilihan Raya dilapor akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Mac ini bagi menentukan tarikh PRK Ayer Kuning.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment