NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

70 calon berentap 30 kerusi CEC DAP

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming antara calon dalam pemilihan CEC DAP.




PETALING JAYA
Seramai 70 calon disahkan akan merebut 30 jawatan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 16 Mac ini.

Tiga puluh anggota CEC yang menang akan memilih pemegang jawatan parti untuk penggal 2025-2028, tempoh penting menjelang PRU16.

Pencabar utama dalam senarai rasmi diumumkan hari ini termasuk Lim Guan Eng, Loke Siew Fook, Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Steven Sim, Lim Hui Ying, Ramkarpal Singh dan Gobind Singh Deo.

Calon wanita terdiri daripada Hannah Yeoh, Kasthuri Patto, Vivian Wong, Teresa Kok, Teo Nie Ching, Yeo Bee Yin dan Young Syefura Othman.

Sim yang juga setiausaha organisasi DAP berkata, seramai 4,203 perwakilan akan mengundi pada Kongres Nasional di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, yang dijadualkan dihadiri Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi akan menghadiri kongres itu, katanya, setakat ini hanya rakan Pakatan Harapan dipelawa.

Beliau berkata, calon sudah menerima surat rasmi dan diminta terus komited berkhidmat kepada rakyat.

“(Pemilihan CEC) akan dijalankan dan dipantau pihak ketiga yang bebas, seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP.

Ditanya jika ada pencalonan yang ditolak, Sim berkata, ada yang menarik diri secara sukarela. 

“Selagi mereka mempunyai pencalonan daripada dua cawangan, mereka dibenarkan bertanding.”

Mengikut laporan media sebelum ini, empat veteran parti menarik diri daripada pemilihan kali ini, iaitu Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, M Kulasegaran dan Phee Boon Poh.



Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo