NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR peneraju kerajaan, tak pertanding 2 jawatan tertinggi elak politiking




PETALING JAYA
Seorang penganalisis berpandangan cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding menjelang pemilihan PKR untuk mengelak perpecahan dalaman dan politiking berlebihan.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, berkata ketiadaan pertandingan jawatan itu tidak bermaksud demokrasi PKR ditutup kerana parti seperti Umno, Bersatu, PAS, dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pernah mengamalkan pendekatan sama.

“Sebagai parti pemerintah, PKR berdepan cabaran besar dalam memastikan kestabilan kerajaan perpaduan diketuai Anwar Ibrahim, sebarang perpecahan dalaman boleh memberi kesan buruk kestabilan kerajaan, terutamanya berdepan cabaran Perikatan Nasional (PN).

“Keputusan mengekalkan Rafizi sebagai timbalan presiden sebagai strategi mengelak perbalahan dalaman. Jika ada pertandingan sengit, ia boleh membawa perpecahan termasuk potensi sabotaj menjelang PRU16,” katanya kepada FMT.

Awang Azman berkata, masih ada risiko tidak puas hati terutama jika jawatan timbalan presiden tidak dipertanding terutama daripada kumpulan pro Saifuddin Nasution Ismail.

“Walaupun Rafizi mempunyai pengaruh besar dalam kalangan penyokong reformasi dan golongan muda, terdapat juga puak PKR lebih cenderung pemimpin lain seperti Saifuddin,” katanya sambil memaklumkan PKR perlu turun padang memberi penerangan kepada akar umbi.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berpandangan, tindakan PKR itu akan memberi persepsi kepada rakyat mereka sama seperti parti lain, mengambil kira parti itu dikenali mengamalkan “demokrasi tulen”.

“Pemilihannya antara yang paling demokratik kerana pemimpin dipilih secara langsung melalui satu pemilihan membabitkan akar umbi.”

Katanya, cadangan tidak dipertanding dua jawatan tertinggi penting memberi ruang perdana menteri menumpukan usaha memperbaiki kedudukan ekonomi dan meningkatkan pendapatan negara, dan kemasukan pelaburan.

“Justeru, mengurangkan politiking sebagai langkah positif untuk pemimpin PKR dalam kerajaan memberi fokus tugas mentadbir,” katanya.

Beliau juga senada dengan Awang Azman akan berlaku rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi terutama penyandang timbalan presiden kekal.

“Rafizi bukan disokong semua ahli PKR, mereka nak lihat berlaku perubahan kepimpinan peringkat timbalan, tetapi oleh kerana Anwar memberi sokongan kepada Rafizi, saya fikir akar umbi akan akur,” katanya.

Anwar sebelum ini secara terbuka memaklumkan bahawa Rafizi perlu diberi peluang mengekalkan jawatannya pada pemilihan parti yang dijadual bermula April.



Sumber | FMT Malaysia













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo