Naib presiden Bersatu itu berkata segala kemungkinan perlu diambil kira dalam situasi politik semasa seperti berlaku pada PRN Sabah 2020, menyaksikan PN bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Barisan Nasional (BN).
Gabungan itu membentuk kerjasama bagi menggantikan pentadbiran Warisan diketuai Shafie Apdal.
“Semasa itu dalam PN ada Bersatu, PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), walaupun PBS bukan komponen kita tetapi ada perjanjian persefahaman bahawa kerusi mereka menangi jadi sebahagian PN.
“Aturan begini tidak unik di Sabah dan boleh berlaku, saya tidak tolak kemungkinan persefahaman sedemikian seperti berlaku pada PRN lalu (2020),” kata Ahli Parlimen Beluran itu dalam temu bual dengan FMT.
Beliau mengulas sama ada PN akan bekerjasama dengan mana-mana parti menjelang PRN atau selepas pilihan raya terbabit terutama bagi membentuk kerajaan.
Untuk rekod, sebahagian besar wakil rakyat BN berpindah ke blok pembangkang selepas gagal dalam cubaan menjatuhkan pentadbiran Ketua Menteri Hajiji Noor menerusi gerakan dikenali ‘Langkah Kinabalu’ pada Januari 2023.
Pada 10 Dis 2022, Hajiji serta semua wakil rakyat Bersatu keluar parti dan bernaung di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibentuk secara rasmi sembilan bulan sebelum itu.
STAR diketuai Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan turut mengumumkan meninggalkan PN pada bulan yang sama.
November tahun lalu, Hajiji dipetik berkata PRN Sabah boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja pada tahun ini susulan penggal pentadbirannya tamat Oktober depan.
Belum pasti tanding jumlah kerusi
Sementara itu, Kiandee enggan mendedahkan sama ada PN yang kini dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) akan bertanding di semua 73 kerusi DUN.
“Pada peringkat ini kita sedang jelajah dan melihat kekuatan parti di semua kawasan DUN,” katanya yang mendakwa komponen itu mendapat sokongan positif daripada rakyat Sabah.
“Ribuan hadir termasuk ramai anak muda ke ceramah kami di Kudat, Sepanggar, Libaran dan Sipitang untuk beri sokongan.”
Perkembangan itu kata Kiandee menunjukkan PN tidak asing di Sabah di sebalik ada dakwaan ia sudah terkubur selepas ramai pemimpinnya keluar parti sebelum ini.
“Kita bukan ‘alien’ di Sabah dan pengundi di sana pernah mengundi untuk menjadi kerajaan, tinggal sahaja Hajiji memilih keluar Bersatu untuk tubuhkan Parti Gagasan Rakyat Sabah.
“Sebab itu kita tawarkan pembaharuan untuk selesaikan pelbagai masalah dengan slogan ‘Kasi Bagus Sabah’,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment