Abang Mat Sabu sebentar tadi menyiarkan kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhubung kes campur beras, dengan tajuk : "LANGKAH BERANI KERAJAAN MADANI MENYIASAT DAN MENDEDAHKAN AKTIVITI PENCAMPURAN BERAS"
Semenjak Mardi dedahkan lebih separuh beras import di pasaran dicampurkan dengan beras tempatan, banyak pihak mendesak tindakan tegas diambil kepada kartel yang melakukan penipuan tersebut.
Namun, perenggan kedua kenyataan Abang Mat Sabu, eh maaf, kenyataan KPKM sangat mengecewakan. Saya tulis kembali:
"Berdasarkan bukti yang diperolehi daripada penggunaan teknologi ini, KPKM mendapati Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] serta perundangan subsidiari di bawahnya, tiada peruntukan yang jelas mengenai pendakwaan kesalahan percampuran beras di mahkamah."
Kementerian mengesahkan bahawa tiada peruntukan khusus dalam Akta 522 yang membolehkan tindakan undang-undang secara langsung terhadap pihak yang mencampurkan beras tempatan dengan beras import.
Namun, adakah ini bermaksud perbuatan tersebut tidak boleh langsung diambil tindakan undang-undang pada akta lain?
Tidak semestinya. Ada dua akta lain masih boleh digunakan untuk hukum kapitalis tamak yang tak segan silu menipu pengguna ini.
1. Baca kenyataan Fuziah Salleh, september 2023:
Individu atau syarikat dalam rantaian bekalan beras putih tempatan yang dikenal pasti memanipulasi bekalan barangan itu boleh dikenakan tindakan perundangan mengikut Akta Perihal Dagangan 2001 (Akta 703)
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata, golongan berkenaan perlu sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil ke atas mereka.
"Mana-mana pihak didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama boleh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta 730 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000, penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan jika sabit kesalahan.
"Seksyen berkenaan turut memperuntukkan hukuman denda sehingga RM250,000 bagi syarikat jika sabit kesalahan sama," katanya.
2. Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599)
Seksyen 10 menyatakan bahawa sebarang amalan perdagangan tidak wajar boleh dikenakan tindakan.
Jika pengguna membeli beras import tetapi sebenarnya campuran, mereka boleh membuat aduan rasmi.
Hukuman: Denda sehingga RM50,000 atau penjara 3 tahun untuk individu, dan RM100,000 untuk syarikat.
Kenyataan KPKM ini membuka satu lagi persoalan besar: Adakah kerajaan akan bertindak pantas untuk menutup kelemahan ini dengan mendakwa mereka pada akta lain, atau kartel-kartel ini akan dibiarkan begitu sahaja?
Jika kita membayar harga beras import, kita patut dapat beras import, bukan campuran. Jika peniaga mahu untung lebih dengan cara ini, mereka kena bersedia untuk berdepan dengan undang-undang. Jangan biar mereka terlepas.
Kata KPKM ia sudah berleluasa puluhan tahun. Baik, kalau benar, tidak pernah pula sampai ke tahap susah nak cari beras tempatan di pasaran seperti sekarang. Ada kalanya beras tempatan langsung tiada!
Bagaimana kartel beras boleh melakukan perkara ini, kaut keuntungan cara menipu ini sebegitu lama? Ini lagi satu persoalan wajar dijawab.
Jika isu ini tidak ditangani dengan segera dan telus, rakyat akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Bila kerajaan gagal memastikan makanan asas negara berada dalam kawalan yang selamat, bagaimana rakyat boleh percaya bahawa keperluan lain akan diurus dengan baik?
Ini bukan sekadar isu beras, ini soal integriti, ketelusan, dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Suka saya petik manifesto Pakatan Harapan, halaman lapan, manalah tahu, kita ini kan mudah lupa? :
Hapuskan Kartel
Kita boleh menghapuskan kartel dalam sektor bahan makanan dan keperluan asas bagi menggalakkan persaingan dan membasmi kegiatan kaut keuntungan melampau (profiteering). Tanpa kartel, peluang juga dapat diwujudkan untuk usahawan baharu menceburkan diri dalam sektor bahan makanan dan keperluan asas.
Bekalan Cukup
Mewujudkan kerjasama dengan pihak pembekal supaya bekalan barangan makanan sentiasa mencukupi. Usaha ini perlu terutama sekali ketika musim perayaan di mana isu kehabisan bekalan sentiasa menjadi punca kepada kenaikan harga barangan."
Beranilah, dan dakwa kartel beras segera!
Sumber : FB Muhamad Harris Nasril........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment