BANGI, 9 RAMADAN — Pendakwah Zamri Vinoth menggesa pihak berkuasa menyiasat Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan dan Ahli Parlimen DAP RSN Rayer.
Zamri, 40, berkata ia berikutan dua ahli parlimen berkenaan mencetuskan isu perkauman dan menjadi batu api di kalangan kaum India.
“Bagaimana pemimpin berada dalam kerajaan, mereka bertindak sebagai batu api kepada kaum mereka? Tiga penyampai itu sudah memohon maaf pergi ke rumah ibadat mereka.
“Mereka masih mengapi-apikan ini pasal apa? Sepatutnya ahli parlimen yang menjadi batu api ini, mereka perlu ditangkap dan disiasat. Bukannya orang lain.
“Kalau pemimpin mereka berperangai macam ini, bayangkan pengikut mereka bagaimana?” katanya menerusi video tular di YouTube.
Beliau mengulas gesaan dua wakil rakyat itu yang menggesa penganut Hindu membuat laporan polis terhadap tiga penyampai ERA.
Katanya, sebagai ahli parlimen, Rayer dan Saravanan sewajarnya menjadi pendamai kepada semua kaum ketika negara berdepan isu sensitif.
“Bila ada penganut Hindu yang membuat penghinaan terhadap Islam, mereka senyapkan diri dan tidak menggesa diambil tindakan dan sebagainya. Apa ini?” soalnya.
Zamri berkata gesaan pihak tertentu agar dirinya disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) juga tidak masuk akal.
Katanya, akta berkenaan hanya merujuk kepada suspek keganasan dan gangsterisme yang sama sekali tidak terkait dengan apa yang diperjuangkan.
“Saya pun tidak faham tiba-tiba ada yang menggesa Zamri dikenakan SOSMA dan bandingkan dengan pesalah SOSMA, mana boleh.
“Mereka yang disabitkan di bawah SOSMA kerana menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kongsi gelap mahupun gangster.
“Saya bersama dengan gangster mana? Kongsi gelap atau pengganas? Macam mana mereka boleh jadi ahli parlimen? Kalau benda mudah begini pun tidak faham,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment