NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jabatan Mufti larang guna ChatGPT tentukan fatwa, hukum syarak




BANGI, 16 RAMADAN — Jabatan Mufti Negeri Sembilan menegaskan ChatGPT tidak boleh digunakan untuk mendapatkan fatwa atau pandangan hukum syarak. 

 

Jabatan itu mendakwa ChatGPT hanya boleh digunakan sebagai alat bantu sahaja dan bukan sumber maklumat utama menentukan hukum syarak. 

 

“Pengguna perlu menggunakan bahasa yang jelas dan mudah ketika berinteraksi dengan ChatGPT. Kaedah ini dapat membantu ChatGPT memberikan maklumat yang relevan.

 

“Pengguna perlu memeriksa dan memastikan maklumat hukum syarak yang diperoleh daripada ChatGPT dengan membuat rujukan silang kepada kitab-kitab rujukan yang muktabar. 

 

“Sekiranya tidak boleh berbuat demikian, pengguna dinasihatkan untuk membuat pertanyaan kepada Jabatan Mufti atau pihak yang berautoriti,” katanya.

 

Jabatan Mufti Negeri Sembilan berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas penggunaan ChatGPT sebagai rujukan hukum syarak.

 

Katanya, warga maya dikehendaki mendapatkan bantuan daripada Jabatan Mufti atau alim ulama bagi memastikan hukum syarak daripada ChatGPT adalah tepat. 

 

“Langkah ini penting bagi memastikan hukum syarak itu selaras dengan Al-Quran, hadis, ijmak ulama, qiyas dan fatwa yang sudah diputuskan. 

 

“Pengguna hendaklah mengutamakan keputusan fatwa yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan sekiranya terdapat perbezaan keputusan hukum daripada ChatGPT.

 

“Maklumat yang diberikan oleh ChatGPT perlu disaring mengikut aliran Ahli Sunnah Waljamaah dan tidak boleh dianggap sebagai fatwa atau pandangan hukum yang tepat,” katanya. 

 

Jabatan itu memaklumkan ChatGPT mempunyai kelemahan dari segi penyaluran maklumat khususnya maklumat yang tidak berkaitan dengan input yang dimilikinya.

 

Katanya, ia terdedah kepada Halusinasi Kecerdasan Buatan (AI) yang boleh mengakibatkan penyampaian hukum syarak yang salah, keliru atau direka.

 

“Pengguna hendaklah bertanggungjawab sebagai seorang Muslim terhadap keputusan hukum syarak yang diperolehi daripada ChatGPT.

 

“ChatGPT tidak boleh dianggap sebagai pegangan dalam pengambilan hukum syarak,” katanya. 


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK dan pasukannya (Polis dan samseng) menyerang sami Buddha di Kuil Buddha Samnak Sambodhi (di Taman Desa Jaya, Kepong), dan mereka membawa sami Buddha keluar dari Kuil. Mereka mengunci pintu kuil, dan sami Buddha menyewa sebuah hotel untuk malam itu

    Dan juga DATUK YIP KUM FOOK membakar Kuil Hindu di Taman Daya, Kepong, kerana ingin menggunakan tempat itu untuk mendirikan kedai perabotnya, lalu dia membina beberapa perabot di tempat itu. Dia ada kuasa kerana dia pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong

    Kini, MCA runtuh kerana DATUK YIP KUM FOOK. Apabila dia membantu seseorang, dia memerlukan wang (bukan untuk bantuan percuma), dan dia juga menipu orang IC untuk melakukan sesuatu; kuil Buddha Samnak Sambodhi runtuh kerana dia.

    Semua orang perlu berhati-hati dengan DATUK YIP KUM FOOK, SIMON LOW KOK MENG, LAWRENCE YIP JIUN HANN, dll. Kumpulan adalah jahat kepada semua orang dan berhati-hati

    Danny Yap, Taman Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo