BANGI, 9 RAMADAN – Insiden enam Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN) yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lepas boleh dijadikan sebagai ‘precedent’ (duluan), kata Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali.
Beliau berkata, perkara sama juga akan terpakai sekiranya ura-ura mengenai 14 MP UMNO menarik sokongan daripada kerajaan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Terdahulu, Edisi Siasat dalam akaun telegramnya semalam menyatakan terdapat 14 UMNO akan ‘tampil’ menyelamatkan parti apabila pemimpin mereka dianggap gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun, tidak dijelaskan lebih lanjut butiran mengenai posting tersebut.
Namun begitu, Rafique berkata, setiap Ahli Parlimen mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi pihak Parlimen yang diwakilinya sama ada untuk menolak atau memberi sokongan dalam pemilihan seorang Perdana Menteri.
Jelas beliau, peralihan sokongan ini sering disalah tafsir disebabkan tahap pemahaman Akta Anti-lompat Parti yang terkandung dalam Perkara 49(A) Perlembagaan Persekutuan yang dipinda.
“Menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong akan melantik seorang daripada 22 Ahli Dewan Rakyat yang pada pemikiran budi bicara Baginda, akan mendapat sokongan majoriti.
“Perlembagaan tidak menyatakan 222 orang yang dipilih itu adalah dari kalangan ketua-ketua parti atau yang memilihnya atas arahan ketua parti.
“Pemilihan adalah berdasarkan kepercayaan majoriti 222 Ahli Dewan Rakyat,” katanya kepada TV Pertiwi.
Mengulas lanjut, Rafique berkata, meskipun Perlembagaan menjelaskan pelantikan seorang Perdana Menteri, terdapat juga satu penambahan di bawahnya iaitu Perkara 43(4) yang menyatakan bahawa seorang Perdana Menteri yang dilantik seharusnya melepaskan jawatan sekiranya tidak lagi memiliki kepercayaan majoriti.
Mengulas lanjut, Rafique menjelaskan, perlembagaan mana-mana parti tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana kedudukannya adalah yang tertinggi.
“Walaupun Perlembagaan Persekutuan mengnadungi Pindaan kepada Perkara 49 yang mana ia ditambah 49(A) iaitu Akta Lompat Parti, ia tidak boleh mengatasi Perkara 43.
“Perkara 43 adalah hak MP itu sendiri untuk dia tentukan siapa jadi Perdana Menteri. Dia tidak perlu ikut apa kata parti,” ujar beliau.
Justeru, Rafique berkata, sekiranya 14 MP UMNO membuat keputusan untuk beralih sokongan di Dewan Rakyat, ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana insiden sama pernah berlaku membabitkan enam MP PN sebelum ini.
Beliau turut mengingatkan bahawa keenam-enam MP tersebut masih menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
“Memang boleh. Tiada masalah. Dari segi Perlembagaan, seorang Perdana Menteri itu dibenarkan hilang sokongan majoritinya kerana Perlembagaan membenarkan.
“Adakah mereka melakukan apa-apa kesalahan dari segi demorkasi berparlimen sekiranya menatakan tidak menyokong Perdana Menteri dan tarik balik sokongan? Tidak kerana itu adalah hak mereka.
“Dari segi moral mungkin akan ada rasa tidak puas hati kerana kita sudah undi dan buat keputusan, tetapi dari segi perundangan dan demokrasi berparlimen, itu dibenarkan,” tambah beliau.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment