NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

14 MP UMNO tarik sokongan adalah palsu – Jalaluddin




BANGI, 9 RAMADAN – Ura-ura mengenai 14 Ahli Parlimen UMNO akan menarik sokongan daripada kerajaan hari ini adalah tidak benar, kata Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias. 

 

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, perkara itu adalah tidak sahih dan ia hanya sekadar ‘angan-angan’ pihak tertentu.

 

“Memang tidak benar. Sebagai MP (Ahli Parlimen), saya tidak terbau langsung ada gerakan seperti itu.

“Ini semua angan-angan,” katanya ketika dihubungi TV Pertiwi.

 

Semalam, posting di akaun telegram Edisi Siasat menarik perhatian ramai apabila dinyatakan 14 MP UMNO sudah bersetuju dan akan tampil tanpa apa-apa paksaan ataupun imbuhan.

 

Bagaimanapun, tiada konteks lanjut dikongsikan.

 

Namun begitu, ramai mentafsirkan posting itu sebagai ura-ura untuk menarik sokongan daripada kerajaan.






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo