NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zaid Cadang Khairy Sertai Pas: ‘UMNO Sudah Tiada Masa Depan’

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, disarankan untuk menyertai Pas jika beliau berhasrat untuk kembali aktif dalam politik, memandangkan UMNO kini didakwa tidak mempunyai masa depan yang cerah. Cadangan ini dikemukakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim, yang turut menolak idea penubuhan parti baharu oleh Khairy kerana dijangka menghadapi cabaran yang sukar.

"Pada saya, Khairy sepatutnya masuk Pas sahaja walaupun dia hanya ada dua pilihan lain iaitu pertama menubuhkan parti sendiri atau bertanding atas tiket Bebas. Jika Khairy tidak mahu bertanding atas tiket Bebas atau menubuhkan parti lain, saya mencadangkan supaya beliau menyertai Pas yang sudah pastinya akan menang. Khairy kemudian boleh masuk Parlimen (jika dipilih wakil rakyat) dan carilah jalan bina sokongan untuk menjadi Perdana Menteri," kata Zaid dalam audio siar terbaharunya pada Ahad.

Pada 27 Januari 2023, Khairy dipecat daripada UMNO disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau sebelum ini pernah ditawarkan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika memutuskan untuk menyertai parti berkenaan.


Sumber : Sinar


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo