BANGI, 8 SYAABAN — UMNO mengingatkan parti politik tertentu berhenti mempolitikkan isu garis panduan ke acara bukan Islam yang sedang digubal pihak berkuasa.
Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata garis panduan berkenaan penting bagi umat Islam memelihara ketinggian akidah yang dipertahankan selama ini.
“Tidak perlulah isu ini terus dipolemikkan kerana setiap warga Malaysia mesti teruskan budaya hormat-menghormati dan bertoleransi dalam mengamalkan agama dan budaya.
“Buat pemimpin parti politik terutamanya DAP, MCA dan GERAKAN yang tampak begitu teruja, nasihat saya serahkanlah hal ehwal agama seperti ini kepada pihak berautoriti.
“Semua pihak harus hormati kedudukan Majlis Raja-Raja Melayu yang berkuasa mutlak dalam menentukan hal yang berkaitan dengan hal ehwal dan kepentingan agama Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas tentangan pihak tertentu terhadap garis panduan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan satu garis panduan ke acara bukan Islam sedang disusun sebagai panduan umat Islam.
Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata garis panduan itu akan diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).
Asyraf Wajdi berkata semua pihak harus menghormati dan terbuka dengan garis panduan itu berhubung penglibatan orang Islam di dalam majlis berkenaan.
Katanya, garis panduan itu penting kepada umat Islam sebagai suatu asas yang menjadi parameter dan pedoman bagi memastikan adanya pencerahan mengenai batasan tertentu.
“Batasan menyertai ibadah ritual tertentu yang boleh menjejaskan akidah seseorang perlu dijadikan panduan untuk umat Islam.
“Garis panduan ini harus dilihat sebagai suatu yang positif untuk bukan Islam supaya sensitiviti umat Islam terhadap satu-satu amalan ritual dapat difahami dan dihormati.
“Garis panduan ini bukan bersifat peraturan atau perundangan kerana hanya sebagai pedoman yang bermanfaat untuk memahami batasan dan sempadan,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment