BANGI, 8 SYAABAN — Perikatan Nasional (PN) menggesa garis panduan menghadiri acara bukan Islam perlu diselaraskan di peringkat negeri sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata penyelarasan itu perlu bagi mengelak percanggahan prosedur operasi standard (SOP) di setiap negeri.
“Kalau ada pun cadangan yang ingin dikemukakan oleh kementerian patutnya kita bincang dengan semua pihak berkepentingan.
“Dalam isu agama Islam ini di peringkat negeri-negeri juga perlu diambil kira dan berbincang dengan mereka. Kemudian baru bincang semula dengan peringkat tertinggi.
“Jangan esok di negeri lain, buat lain, cara lain, ini akan menimbulkan masalah yang besar,” katanya pada sidang media di Parlimen semalam.
Beliau mengulas pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung satu garis panduan ke acara bukan Islam akan dikeluarkan.
Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata garis panduan itu akan diperincikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaras tuntutan syarak.
Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong antara yang lantang mengecam garis panduan itu mendakwa ia akan mengganggu keharmonian antara kaum.
Kenyataan Kah Leong itu dibantah PAS dan PERKASA dengan memberi amaran kepada wakil rakyat DAP itu tidak mencampuri urusan agama Islam.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment