BANGI, 8 SYAABAN — Datuk Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak dibenarkan menetapkan dasar untuk umat Islam mengunjungi rumah ibadat bukan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata JAKIM bagaimanapun dibenar memberikan nasihat kepada umat Islam.
“JAKIM boleh memberikan nasihat kepada orang Islam berkaitan kepentingan menjaga akidah umat Islam berhubung perkara ini namun nasihat tersebut tidak bersifat dasar.
“Jemaah menteri juga mengingatkan bahawa setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bersama Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang selepas mesyuarat Kabinet yang diadakan hari ini.
Katanya, mesyuarat Kabinet hari ini meneliti mengenai kekeliruan berkaitan cadangan garis panduan ke rumah ibadat bukan Islam.
“Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyemarakkan pelaksanaan Dialog Harmoni bagi memperkukuh keharmonian dan menggalakkan interaksi antara penganut pelbagai agama.
“Perbincangan inklusif dengan mengambil kira sensitiviti semua pihak adalah amat penting dalam membina kesepaduan nasional.
“Segala perkara berkait dengan keharmonian antara penganut agama akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment