BANGI, 7 SYAABAN — PAS menyelar kenyataan Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong membantah garis panduan yang akan digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata kenyatataan Ketua Pemuda DAP itu sesuatu yang biadap dan mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.
“Kenyataan Pemuda DAP yang membantah garis panduan kehadiran umat Islam ke majlis agama lain adalah satu bentuk campur tangan yang biadab dan tidak bertanggungjawab.
“Tindakan mereka jelas menunjukkan keangkuhan serta kejahilan mereka dalam memahami kedudukan Islam di negara ini.
“Garis panduan yang ditetapkan bukanlah satu bentuk sekatan yang menindas sebaliknya satu keperluan untuk memastikan akidah umat Islam sentiasa terpelihara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini membantah kenyataan Kah Leong terhadap usaha JAKIM menetapkan garis panduan kehadiran ke majlis bukan Islam.
Kah Leong semalam tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan mahu mewujudkan garis panduan penglibatan umat Islam ke majlis bukan Islam.
Katanya, garis panduan sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam perlu dibatalkan.
Afnan Hamimi berkata Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan segala keputusan berkaitan agama dibuat oleh JAKIM.
Katanya, Pemuda PAS tidak akan berdiam diri apabila ada pihak luar yang cuba menekan umat Islam dengan agenda liberal yang melampau.
“Siapa Pemuda DAP untuk mempertikaikan hal ini? Apakah hak mereka untuk campur tangan dalam urusan umat Islam sedangkan mereka langsung tiada autoriti dalam perkara ini?
“Kenyataan Pemuda DAP bukan sahaja memperlihatkan keangkuhan mereka malah seolah-olah mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini.
“Adakah mereka mahu membuka jalan kepada lebih banyak provokasi terhadap Islam? Atau mereka memang tidak pernah belajar daripada kesilapan sebelum ini?” soalnya.
Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata umat Islam tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menafikan hak untuk menjaga kesucian agama Islam.
Katanya, jika Pemuda DAP mahu bercakap soal keharmonian, mereka seharusnya menghormati garis panduan yang ditetapkan dan tidak sibuk mempertikai hal itu.
“Jika mereka masih berkeras, kami tidak akan teragak-agak untuk bertindak lebih tegas bagi memastikan Islam tidak diperkotak-katikkan oleh pihak yang berkepentingan politik.
“Cukup-cukuplah dengan sikap kurang ajar sebegini. Jangan cuba bermain api dengan umat Islam. Kami akan terus mempertahankan agama ini walau apa pun yang terjadi,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment