BANGI, 7 SYAABAN — Pemuda UMNO menggesa Wisma Putra memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS) susulan cadangan presidennya, Donald Trump.
Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata apa yang dicadangkan Trump itu tidak masuk akal dan melanggar undang-undang antarabangsa.
“Pemuda UMNO mengesyorkan Wisma Putra untuk segera mengeluarkan nota bantahan rasmi terhadap kerajaan AS serta memanggil Duta Besar AS ke Malaysia bagi menyatakan pendirian tegas negara dalam isu ini.
“Malaysia tidak boleh berdiam diri apabila kedaulatan sebuah negara diceroboh dan hak rakyatnya diabaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas hasrat Trump yang mahu memindahkan rakyat Gaza secara kekal ke Mesir dan Jordan bagi membangunkan semula wilayah itu.
Trump berkata Gaza mengalami kemusnahan teruk dan rakyatnya boleh dipindahkan ke negara jiran jika diberi penempatan yang sesuai.
Dr Muhammad Akmal berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN perlu mengambil pendirian tegas terhadap AS.
Katanya, Malaysia perlu menolak sebarang tindakan yang mencabuli hak asasi rakyat Palestin dan menjejaskan kestabilan rantau tersebut.
“Pemuda UMNO menegaskan bahawa penyelesaian kepada krisis di Gaza bukanlah melalui penjajahan baharu oleh kuasa besar tetapi melalui keadilan dan pematuhan kepada hak asasi manusia.
“Kami menyeru komuniti antarabangsa untuk menolak sebarang cadangan yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan kedaulatan negara serta mendesak agar hak rakyat Palestin dikembalikan sepenuhnya.
“Kami berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan akan terus memperjuangkan hak mereka untuk bebas dari kezaliman dan penjajahan,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment