PUTATAN - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya akan membuat pengesahan mengenai status keahliannya dalam UMNO selepas dikatakan digantung sebelum ini.
Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan dari BN berkata, setakat ini hasil semakannya di peringkat ibu pejabat berhubung status keahliannya dalam UMNO masih aktif.
"Keahlian UMNO saya masih aktif cuma di negeri Sabah melalui kenyataan Pengerusi UMNO Sabah menyatakan keahlian saya digantung.
"Jadi itu nanti kita buat pengesahan, yang penting sekarang ini kita buat kerja dulu, sampai masanya untuk pilihan raya barulah kita cerita politik," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Surau Al-Amin, Kampung Pituru, di sini pada petang Khamis.
Shahelmey berkata demikian ketika ditanya jika ada membuat sebarang rayuan susulan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini memandangkan beliau juga merupakan penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat milik BN.
Selain Shahelmey, seorang lagi ADUN merangkap ahli parlimen dari BN yang turut dikatakan digantung keahlianya ialah Datuk Andy Muhammad Suryady Bandy dari DUN Tanjung Batu.
Sebelum ini, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan keahlian Shahelmey sebagai ahli UMNO digantung selama enam tahun.
Penggantungan keahlian itu susulan tindakan Shahelmey menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Januari 2023.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment