- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sebagai contoh di sebuah flat yang dulu kos penyelenggaraannya mungkin hanya RM50 sebulan, namun selepas ini akan menjadi RM500 sebulan.
- Bagi mereka yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, berkemungkinan tidak mampu membayar RM500 sebulan, memandangkan sebelum ini mereka hanya perlu mengeluarkan RM50 sebulan untuk kos penyelenggaraan dan itu belum termasuk kos lain seperti kos sampingan dan cukai taksiran yang turut akan meningkat dua hingga tiga kali ganda.
- “Cukai taksiran naik, cukai penyelenggaraan naik… Ketiga, kos sara hidup di kawasan tersebut akan meningkat, contoh paling mudah sebelum ni flat yang jual kalau ada mamak dekat bawah, mamak yang jual roti canai RM1.20 selepas ni, apabila kita bina kondominium yang mewah satu kondo harga RM500 ribu.
- “Mamak kecil ni dah jadi Q-Bistro… (contoh) Nak beli satu (roti canai), mesti ada RM20… Sebelum ni, kalau contoh yang jual nasi lemak ni, nasi lemak Mak Cik Kiah dah jadi, Nasi Lemak Burung Hantu jika ada RM20, baru boleh beli.
- “Kos sara hidup di kawasan tersebut akan meningkat dengan mendadak…Itulah hujah gentrifikasi yang bakal berlaku dan kita tak boleh nafikan hujah tersebut,” katanya menerusi satu klip video dimuat naik Instagram Sinar Harian semalam.
KUALA LUMPUR — Pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) akan menyebabkan kos sara hidup, kos penyelenggaran dan sebagainya meningkat dengan mendadak.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sebagai contoh di sebuah flat yang dulu kos penyelenggaraannya mungkin hanya RM50 sebulan, namun selepas ini akan menjadi RM500 sebulan.
Syed Saddiq berkata dalam situasi itu bagi mereka yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, berkemungkinan tidak mampu membayar RM500 sebulan, memandangkan sebelum ini mereka hanya perlu mengeluarkan RM50 sebulan untuk kos penyelenggaraan dan itu belum termasuk kos lain seperti kos sampingan dan cukai taksiran yang turut akan meningkat dua hingga tiga kali ganda.
“Cukai taksiran naik, cukai penyelenggaraan naik… Ketiga, kos sara hidup di kawasan tersebut akan meningkat, contoh paling mudah sebelum ni flat yang jual kalau ada mamak dekat bawah, mamak yang jual roti canai RM1.20 selepas ni, apabila kita bina kondominium yang mewah satu kondo harga RM500 ribu.
“Mamak kecil ni dah jadi Q-Bistro… (contoh) Nak beli satu (roti canai), mesti ada RM20… Sebelum ni, kalau contoh yang jual nasi lemak ni, nasi lemak Mak Cik Kiah dah jadi, Nasi Lemak Burung Hantu jika ada RM20, baru boleh beli.
“Kos sara hidup di kawasan tersebut akan meningkat dengan mendadak…Itulah hujah gentrifikasi yang bakal berlaku dan kita tak boleh nafikan hujah tersebut,” katanya menerusi satu klip video dimuat naik Instagram Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar edisi 474, bertajuk ‘Betulkah Akta PSB Hendak Pinggirkan Rakyat?’ pada Selasa yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian.
The Malaysian Insight pada 2017 melaporkan, menurut kajian Brookings Institute, gentrifikasi boleh ditakrifkan sebagai sebuah proses di mana penduduk berpendapatan tinggi menggantikan kebanyakan penduduk berpendapatan rendah di sesebuah kawasan, yang secara langsungnya merubah ciri utama kawasan tersebut.
Dalam erti kata lain, gentrifikasi mengusir penduduk berpendapatan rendah dan merubah jalinan masyarakat di kawasan tersebut. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment