NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Perahu’ GRS semakin bocor tunggu masa untuk karam




KOTA KINABALU - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan kekesalannya apabila ada pihak yang cuba mengaitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dengan isu video ADUN yang didakwa terlibat dengan rasuah.

Kekesalannya itu susulan artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita yang membuat pendedahan cubaan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memfitnah ADUN UMNO.

"Tindakan tersebut bukan sahaja tidak bermoral malah memalukan pihak yang sanggup melakukan apa saja termasuk mengarang skrip semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan mereka.

"Sehubungan itu, saya menuntut penjelasan daripada individu yang disebut dalam artikel tersebut iaitu Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, berkenaan dakwaan beliau terlibat dalam penyediaan skrip yang mengaitkan ADUN UMNO dalam isu ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Tambah beliau lagi, isu video tular melibatkan skandal rasuah ADUN Sabah sukar untuk dinafikan lagi.

"Rakyat sudah mula sedar akan kebenarannya dan hanya penyokong tegar parti mereka sahaja yang masih cuba mempertahankan sesuatu yang jelas terbongkar.


"Kami menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya segera mengambil tindakan dan membawa semua yang terlibat ke muka pengadilan tanpa sebarang kompromi," katanya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu berkata lagi, mereka yang melakukan kesalahan tersebut harus bertanggungjawab sepenuhnya.


"Jangan cuba melarikan diri atau berdolak-dalik apabila kebenaran terbongkar.

"Saya juga melihat bahawa kepimpinan GRS semakin tersasar, ibarat sesat di jalan yang terang menghalalkan pelbagai cara demi menyelamatkan kuasa mereka.


"Namun, hakikatnya, perahu yang mereka naiki semakin bocor dan hanya menunggu masa untuk karam di tengah lautan," katanya.




Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo