NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilihan PKR: Saya istikharah dululah, kata Saifuddin



PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belum memutuskan sama ada mahu bertanding dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung Mei depan.

Menurut Saifuddin, beliau akan menilai dan mengambil beberapa pertimbangan sebelum membuat keputusan.

"Saya akan (solat) istikharah dululah," katanya ringkas ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin.

Sebagai rekod, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri pernah bertanding jawatan nombor dua PKR pada pemilihan tahun 2022 namun tewas kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Sebelum ini media melaporkan, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin memaklumkan, PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.

Cadangan itu katanya, berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini.

Rentetan itu, beberapa pemimpin PKR menyuarakan berpandangan bahawa dua jawatan utama itu harus dipertandingkan bagi menghidupkan demokrasi dalam parti.

Jawatan Presiden PKR ketika ini disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo