BANGI 3, Februari 2025 - Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman telah meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkuat kuasa serta-merta. Beliau menyatakan penghargaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, atas peluang yang diberikan untuk menerajui UKM sejak 1 Januari 2021. Dalam kenyataannya, beliau memohon maaf kepada seluruh warga UKM atas sebarang kesilapan sepanjang tempoh kepimpinannya dan mendoakan kecemerlangan berterusan untuk universiti tersebut.
Peletakan jawatan ini berlaku di tengah-tengah laporan mengenai ketegangan antara pihak pengurusan tertinggi UKM dan Canselor universiti, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Menurut sumber, pada 14 Januari 2025, semasa Hari Keputeraan Baginda, tiada seorang pun daripada ahli pengurusan tertinggi UKM dijemput ke Istana Seri Menanti untuk menghadiri upacara penganugerahan darjah kebesaran. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah UKM bahawa Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, dan Timbalan Naib Canselor tidak dijemput ke majlis tersebut.
Laporan juga menyebut bahawa terdapat aduan kepada Jabatan Audit Negara pada November 2024 mengenai dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam proses perolehan dan tender projek di kampus Bangi UKM dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang bernilai jutaan ringgit. Audit telah dijalankan oleh pihak berkuasa sepanjang Disember 2024.
Sementara itu, laman Facebook rasmi UKM turut menzahirkan sekalung penghargaan kepada Mohd. Ekhwan atas khidmat bakti dan jasa sepanjang menjalankan tugas sebagai Naib Canselor UKM bermula 1 Januari 2021 sehingga 2 Februari 2025.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment