NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan berlagak seperti ‘Abang Long’, beri laluan pimpinan PH dalam pentadbiran kerajaan negeri



JOHOR BAHRU - Kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) di Johor memerlukan pendekatan yang adil, ikhlas dan berasaskan kepada semangat perpaduan.

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad, ia perlu bermula sekarang dalam usaha menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU), mahupun Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

"Saya yakin pimpinan Amanah dan DAP dalam PH bersetuju dengan cadangan ini kerana ia bukannya setakat kerjasama ketika PRU.

"Bagi menuju ke arah kerjasama itu, pertamanya, penting bagi pimpinan PH untuk menyertai pentadbiran kerajaan negeri Johor seperti di pejabat daerah sebagai ketua kampung atau ahli majlis di peringkat PBT (pihak berkuasa tempatan).


"Kedua, ketika perundingan pembahagian kerusi nanti, prinsip menang-menang harus dipraktikkan di mana tiada satu pihak pun yang sepatutnya menjadi ‘abang long’ dengan mendominasi atau hanya tertumpu bagi merebut kerusi-kerusi gred A," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Muhammad Faezuddin, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azlen Ambros yang mengatakan BN mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi Parlimen Tier 2 pada PRU akan datang jika berganding bahu dengan PH.


Sementara itu, Muhammad Faezuddin berkata, pihaknya juga yakin peluang untuk menang pada PRU dan PRN akan datang cerah, jika PH-BN bekerjasama.

Malah katanya, kerjasama itu juga membuka peluang untuk menawan lebih banyak kerusi.



Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo