NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Amanah cabar Pemuda Pas berdialog secara terbuka



SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional mencabar Pemuda Pas untuk berdialog secara terbuka mengenai beberapa isu melibatkan kepentingan umat Islam di Malaysia.

Exco Pemuda Amanah Nasional, Hafiz Roslan berkata, antara isu penting yang perlu diberi perhatian adalah kestabilan ekonomi umat Islam iaitu mengenai langkah konkrit dalam memperkasakan ekonomi bumiputera dan mengurangkan jurang kemiskinan.

Menurutnya, isu kedua melibatkan penambahbaikan sistem pendidikan Islam agar lebih relevan dan kompetitif.

"Selain itu, isu kesatuan umat termasuk menghindari politik perpecahan yang mencemarkan imej Islam sebagai agama penyatuan juga perlu diketengahkan.


"Kami berharap Pemuda Pas akan menyahut cabaran ini secara profesional dan terbuka demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pemuda Amanah menzahirkan kekesalan terhadap tuduhan yang kononnya parti mereka adalah tajaan DAP.


Jelas Hafiz, kenyataan dilemparkan itu sangat tidak berasas dan naratif lapuk yang ditolak rakyat.

" Tuduhan ini bukan sahaja tidak berlandaskan fakta, malah jelas menunjukkan Pas semakin ketandusan hujah dalam mendepani cabaran politik semasa.


"Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip Islam progresif, Amanah menolak sebarang bentuk politik kebencian dan fitnah," ujarnya.

Pemuda Amanah juga menegaskan bahawa fitnah itu adalah amanah mereka untuk terus berjuang demi kepentingan Islam, keadilan sosial, dan perpaduan rakyat tanpa mengira kaum serta agama.


"Amanah berdiri teguh dalam mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan sentiasa berusaha memastikan setiap dasar yang diperjuangkan mendukung nilai keadilan, rahmah, dan keharmonian sejagat,

"Sememangnya lolitik fitnah tidak membawa sebarang manfaat kepada negara," katanya.


Sumber | Sinar Harian













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo