NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan bawa isu pendidikan dari sudut perkauman, Maszlee tegur MP DAP



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan Prof Dr Maszlee Malik menegur Ahli Parlimen DAP Khoo Poay Tiong kerana membawa isu pendidikan dari sudut pandang perkauman.

Maszlee berkata demikian sebagai respons kepada saranan Poay Tiong agar buku teks sejarah sekolah rendah memasukkan sejarah semua kaum di Malaysia.

Menurut beliau, tindakan Ahli Parlimen Kota Melaka itu seolah-olah dia tidak mempunyai kumpulan WhatsApp untuk berbincang dengan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh yang juga dari DAP.

“Jika DAP berterusan membawa isu-isu pendidikan dari sudut pandang perkauman, ia tidak akan membantu Kerajaan Perpaduan.

“Timbalan Menteri Pendidikan adalah dari DAP, apakah dia tiada dalam WhatsApp group MP DAP kah untuk Kota Melaka bertanyakan soalan?” katanya.

Tambah Maszlee, apabila orang politik yang tidak mempunyai latar belakang pedagogi dan pendidikan masuk campur isu kurikulum ia akan semakin merancu dan merosakkan keadaan.

Tegas beliau, penggubalan kurikulum melibatkan pakar bukan hanya dalam bidang terbabit sahaja tetapi juga dalam bidang pendidikan, pedagogi, perpaduan, sosial dan lain-lain.

“Harap orang politik jangan mempolitikkan isu kurikulum dan pendidikan negara dengan naratif perkauman.

“Ia akan mengundang pendulum effect daripada pihak lawan. Ia juga akan beri bola tanggung kepada golongan yang sentiasa bermain dengan 3R untuk laba politik mereka,” nasihat beliau.

Poay Tiong mencadangkan agar buku teks sejarah sekolah rendah memasukkan sejarah semua kaum di Malaysia kerana langkah sebegitu katanya akan membantu perpaduan rakyat dari usia muda.

“Sebagai contoh, tahun lalu kita menyambut ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia dan China.

“Sebenarnya hubungan itu bermula apabila Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka.

“Tetapi apabila saya menyemak buku teks sejarah sekolah rendah, ia tidak menyentuh perkara ini,” katanya kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Dewan Rakyat baru-baru ini.-MalaysiaGazette













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo