NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Ayer Kuning: SPR mesyuarat 7 Mac tetapkan tarikh PRK



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada 7 Mac ini. 

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat itu diadakan berikutan satu pemakluman rasmi yang diterima daripada Yang di-Pertua Dewan Undangan negeri (DUN), Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

“Sehubungan dengan itu, satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak akan diadakan pada 7 Mac 2025 (Jumaat) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat khas tersebut. 

Menurut Ikmalrudin, penetapan tarikh PRK itu dilakukan setelah DUN Perak mengumumkan kekosongan luar jangka kerusi DUN Ayer Kuning berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu. 

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR kekosongan tersebut telah berlaku,” jelas Ikmalrudin.

Ishsam, 59, meninggal dunia selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang, akibat serangan jantung, pada Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi, menewaskan empat calon lain masing-masing dari Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Tanah Air.

Ishsam dari UMNO memperoleh 9,088 undi diikuti Mohd Nazri Hashim (AMANAH) mendapat 6,875 undi, Muhammad Noor Farid Zainal (Pas) (6,812 undi), K Bawani dari PSM (586 undi) dan Maziah Salim dari Parti Pejuang Tanah Air (105 undi). – MalaysiaGazette













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo