Gaza, 2 Januari – Hamas mengecam tindakan Zionis Israel yang sengaja mensasarkan khemah-khemah pelarian di Gaza sebagai satu bentuk jenayah perang dan genosid terhadap rakyat Palestin. Dalam kenyataan akhbar hari ini, Hamas menyifatkan serangan tersebut sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.
Zionis Israel meningkatkan serangan agresif di Semenanjung Gaza, termasuk serangan udara di kawasan Al-Mawasi, Khan Younis, serta serangan terhadap rumah-rumah penduduk di Jabalia, Gaza City, dan Deir al-Balah. Serangan ini telah mengorbankan lebih daripada 50 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut angka awal.
Sumber : AlJazeera |
“Kegagalan komuniti antarabangsa menghentikan jenayah yang berlanjutan selama lebih 15 bulan ini adalah satu noda hitam yang tidak akan dilupakan sejarah, serta menunjukkan kegagalan moral yang mendalam,” ujar kenyataan tersebut.
Hamas turut menyatakan bahawa serangan ini dilakukan dengan sokongan pentadbiran Amerika Syarikat, yang membolehkan Zionis Israel meneruskan pelanggaran hak asasi manusia tanpa halangan.
Dalam seruannya, Hamas mengajak dunia Islam dan masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini, meningkatkan solidariti bersama rakyat Palestin, serta menyokong hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, membebaskan tempat-tempat suci, dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka.
Hamas mengakhiri kenyataan itu dengan menyeru kepada nilai keadilan, kemanusiaan, dan persaudaraan sebagai asas untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Sumber: Laman Rasmi Hamas
https://t.me/+kUoQCMfm8bI1NWE0
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment