NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terima ancaman bunuh, Harith Iskander batal persembahan lawak




BANGI, 25 Rejab — Pelawak Harith Iskander mengambil keputusan membatalkan persembahannya di Dewan Filharmonik Petronas malam ini.

 

Bekas isteri Harith, Dr Jezamine Lim berkata beliau dan ahli keluarganya menerima ancaman bunuh akibat sindiran pelawak itu di media sosial.

 

“Minggu lalu, saya menerima ancaman bunuh yang ditujukan kepada saya. Namun, apa yang lebih menyayat hati adalah ancaman keji terhadap anak-anak kami. 

 

“Mengancam keselamatan kanak-kanak yang tidak bersalah melampaui segala batas yang boleh dibayangkan. Ia adalah sesuatu yang hina, pengecut, dan tidak berperikemanusiaan.

 

“Laporan sudah dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan. Jadi saya tidak akan memberikan sebarang komen lanjut mengenai perkara ini,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini yang turut disiarkan di laman Facebook Harith. 

 

Ketua Polis Negara semalam mengesahkan pihaknya sudah merakam keterangan Harith Rabu lalu ekoran sindirannya di media sosial. 

 

Tan Sri Razarudin Husain berkata Harith disiasat di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Dr Jezamine berkata tidak mudah untuk persembahan itu dibatalkan selepas bebulan-bulan Harith melakukan persiapan untuk malam ini.

 

Bagaimanapun, katanya demi keselamatan dan keamanan lebih baik untuk tidak meneruskan persembahan seperti yang dirancang.

 

“Saya sangat kecewa melihat bagaimana mentaliti kelompok yang tidak berfikir boleh mendorong manusia ke tahap yang begitu melampau.

 

“Bagaimana anda boleh membenarkan tindakan seperti itu? Adakah ini benar-benar cara anda melindungi agama atau kepercayaan anda?

 

“Saya sedih melihat orang yang begitu dipenuhi kebencian sehingga mereka sanggup meluangkan berjam-jam untuk menulis komen-komen berunsur kebencian,” katanya.  

 

Beliau berkata Islam secara jelas mengajar umatnya untuk melakukan kebaikan kepada semua orang tanpa mengira tindakan atau status mereka.

 

Katanya, alangkah lebih baik usaha demikian ditumpukan kepada perkara lebih bermakna dengan membina dunia yang lebih baik.

 

“Adakah ini didorong oleh agama? Saya diajar bahawa Allah meminta umat Islam untuk berbuat baik kepada semua orang, tanpa mengira tindakan atau status mereka. 

 

“Kebaikan adalah satu sifat mulia yang mencerminkan sifat pengasih dan penyayang Allah.

 

“Bayangkan jika tenaga itu dialihkan kepada sesuatu yang bermakna — kepada kebaikan  untuk membina dunia yang lebih baik,” katanya.  



Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo