BANGI, 25 Rejab — Empat askar wanita Israel yang ditahan pada 7 Oktober 2023 akan dibebaskan hari ini dalam siri kedua fasa pertama gencatan senjata.
Israel mengesahkan empat nama tahanan itu sudah diberikan Hamas dan identiti mereka adalah Karina Ariev, Daniella Gilboa, Naama Levy dan Liri Albag, lapor AFP.
Albag berusia 19 tahun dan tiga wanita lain berusia 20 tahun ditahan di Pangkalan Tentera Nahal Oz satu kilometer dari sempadan Gaza ketika insiden 7 Oktober.
Hamas dijadualkan membebaskan empat wanita itu pada tengah hari ini manakala Israel dilaporkan akan membebaskan 200 tahanan Palestin.
Penjara Israel memaklumkan sebahagian tahanan akan dibebaskan ke Gaza, manakala 120 tahanan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup akan dihantar ke Tebing Barat.
Fasa pertama gencatan senjata akan berlangsung selama 42 hari dengan 33 tebusan Israel dan 1,900 tahanan warga Palestin akan dibebaskan secara berperingkat.
Fasa kedua menyaksikan Israel akan menamatkan serangan di Gaza dengan rancangan untuk membangunkan semula Gaza secara berperingkat.
Gencatan senjata di Gaza menyaksikan Israel meningkatkan serangan di Tebing Barat dalam usaha kononnya memburu saki-baki pejuang Palestin.
Penduduk di Tebing Barat mendakwa Israel menambah sekatan pagar besi yang mengakibatkan penambahan masa transit dari bandar ke bandar.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment