BANGI, 25 Rejab — Israel memaklumkan Agensi Bantuan Pelarian Palestin (UNRWA) perlu menghentikan operasinya selewat-lewatnya Khamis ini.
Arahan itu dikeluarkan menerusi surat yang dikirimkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, lapor AP.
Duta Israel ke PBB, Danny Danon sekali lagi menuduh UNRWA sebagai ejen menyokong pejuang Hamas yang menggerakan serangan dalam insiden 7 Oktober 2023.
Danon berkata Knesset Israel sudah pun meluluskan undang-undang hujung Oktober lalu melarang UNRWA meneruskan operasi di kawasan “jajahan Israel”.
Undang-undang itu turut melarang UNRWA daripada berhubung dengan pihak berkuasa Israel dalam tempoh 90 hari bermula Oktober lalu.
“UNRWA perlu menghentikan operasinya di Baitulmuqaddis dan mengosongkan semua premisnya yang beroperasi di bandar itu selewat-lewatnya 30 Januari 2025,” katanya.
Danon berkata UNRWA sudah menerima notis pihak berkuasa Israel minggu lalu dan Mei tahun lalu menjelaskan mereka menggunakan dua premis di Baitulmuqaddis tanpa kebenaran.
“Notis-notis ini diabaikan UNRWA berselindung di balik kuasa imuniti yang diberikan kepadanya,” katanya.
Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini bagaimanapun ketika berucap di Oslo, Norway minggu lalu mendakwa kuasa Israel hanya di Baitulmuqaddis Timur.
“Kakitangannya di sana akan mengadakan bantahan susulan dipaksa untuk menamatkan operasi manakala kakitangan tempatan akan kekal memberikan bantuan kecemasan.
“Jika boleh, mereka akan meneruskan khidmat pendidikan dan penjagaan kesihatan,” katanya.
Lazzarini berkata UNRWA akan kekal menghulur bantuan di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki rakyat Palestin yang tidak termasuk arahan Israel.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment