BANGI, 27 Rejab — Mufti Terengganu menggesa Nga Kor Ming menjaga sensitiviti umat Islam berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam.
Datuk Mohamad Sabri Haron berkata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu seharusnya akur dengan cadangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), lapor Sinar Harian.
“Menteri perlu mempunyai satu garis panduan berhubung penjualan arak di tempat majoriti orang Islam serta kena jaga sensitiviti umat Islam.
“Memang sepatutnya arak diharamkan. Jadi, kenapa kita hendak benarkan penjualan arak itu di kawasan yang ramai penduduk beragama Islam,” katanya.
Beliau diminta mengulas saranan Nga yang menggesa dasar penjualan minuman keras sedia ada di premis perniagaan majoriti penduduk beragama Islam dikekalkan.
Katanya, ketetapan itu bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum selain mengelak dijadikan sentimen politik.
Mohamad Sabri berkata semua pihak perlu menyokong usaha MBI dalam memastikan arak tidak dijual di kawasan majoriti umat Islam.
Katanya, langkah itu lebih sesuai dalam landskap Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan Islam merupakan agama majoriti rakyatnya.
“Maslahat umat Islam itu perlu diutamakan sebab agama rasmi di negara ini adalah agama Islam. Oleh itu, sepatutnya ia difahami semua pihak terutama bukan Islam.
“Mereka kena jaga sensitiviti,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan MBI sudah meluluskan dasar untuk membuat kajian jika terdapat tuntutan penduduk majoriti Muslim yang enggan arak dijual di kawasan mereka.
Cadangan MBI itu bagaimanapun menimbulkan perdebatan di antara pemimpin politik yang melihat baik buruk pelaksanaannya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment