NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gencatan senjata bukti objektif Israel hapuskan Hamas, halau penduduk Gaza gagal – GSPP




BANGI, Khamis – Gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang bakal bermula Ahad depan menjadi bukti negara haram Israel gagal mencapai matlamat utamanya iaitu menghapuskan Hamas dan mengeluarkan penduduk Palestin keluar dari Gaza.

 

Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, gencatan senjata itu menunjukkan serangan Israel yang dilakukan tanpa henti dalam tempoh 15 bulan lalu bukan sahaja tidak berjaya, malah turut memberi gambaran bahawa negara haram itu kini berada dalam keadaan teruk.

 

“GSPP menganggap ini sebagai satu langkah positif dan juga memberi kebaikan kepada Palestin sebab akhirnya betul-betul berlaku gencatan senjata.

 

“Ini akan memberi kesukaan yang banyak kepada rakyat Palestin yang telah diserang hampir 15 bulan tanpa henti, menyaksikan kemusnahan begitu dahsyat di Gaza,” katanya kepada TV Pertiwi.

 

Namun begitu, Muhammad Fauzi turut meluahkan kebimbangan apabila berpandangan bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak pernah ikhlas dalam usaha mencapai keamanan di Timur Tengah.

 

Luahnya, AS berkemungkinan mempunyai agenda yang sedang dirancang bersama Israel di sebalik gencatan senjata tersebut.

 

“Apa yang kita lihat di sini adalah cubaan AS untuk meredakan sedikit keadaan untuk memberi tumpuan kepada beberapa perkara lain.

 

“Buat masih ini masih terlalu awal untuk cakap, mungkin dalam tempoh beberapa lagi baru jelas ‘motif’ mereka,” katanya.

 

Mengulas lanjut, Muhammad Fauzi berpandangan bahawa AS ingin meneruskan rancangan ‘Deal of the Century’ serta Perjanjian Abraham iaitu usaha untuk menormalisasikan hubungan Israel dengan negara-negara lain.

 

Katanya, usaha itu akan memanfaatkan AS dan negara haram Israel dari pelbagai aspek, justeru, tidak hairan sekiranya ia menjadi misi seterusnya kedua-dua pihak berkenaan pada masa akan datang.

 

“Kemungkinan juga mereka ingin tumpu kepada rancangan AS-Israel iaitu melemahkan pengaruh Iran di beberapa negara dan mereka telah mulakan dengan Syria.

 

“Jadi, pengaruh Iran di Syria kini sudah lemah dan kewujudan Hizbullah di Syria juga kini sudah tiada.

 

“Berkemungkinan juga mereka akan pergi ke arah negara-negara lain khususnya Yemen dan mungkin juga Iraq. Jadi, mereka biarkan dulu isu Palestin ini buat sementara waktu,” ulasnya.

 

Muhammad Fauzi berkata, gencatan senjata itu juga tidak boleh dianggap sebagai niat baik dari AS atau Israel, sebaliknya ia dilihat satu langkah untuk mereka mencari ‘nafas’ baharu untuk menghasilkan strategi lain.

 

Selain itu, katanya, AS pada masa ini juga sedang berdepan pelbagai masalah seperti kebakaran yang berlaku di Los Angeles yang mengakibatkan kemusnahan besar sekali gus memberi tamparan hebat buat negara berkenaan.

 

“GSPP akan terus berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pembebasan mutlak Palestin selain menentang kewujudan Israel di muka bumi ini kerana ia adalah sebuah negara haram,” tambahnya.



Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo