NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agensi PBB gesa buka pintu sempadan untuk mudahkan bantuan ke Gaza




NEW YORK, 16 Rejab – Beberapa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberikan reaksi positif terhadap perjanjian gencatan senjata yang dicapai antara Israel dan Hamas berkuat kuasa Ahad ini.

 

Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, perjanjian ini akan memberi kelegaan kepada rakyat Gaza dan tawanan Israel.

 

Justeru, beliau menyeru agar akses yang cepat dan tidak terhalang diberikan untuk menangani penderitaan akibat perang genosid ini.

 

Program Makanan Sedunia (WFP) pula berkata, pihaknya bersedia untuk menyalurkan bantuan kepada lebih satu juta orang di Gaza tetapi memerlukan semua pintu sempadan dibuka dan pasukan kemanusiaan dibenarkan bergerak dengan bebas dan selamat di seluruh wilayah Gaza.

 

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk meluahkan kelegaan dengan berita terbaru ini sekali gus menekankan keadilan bagi pelanggaran dan penyalahgunaan serius yang telah berlaku.

 

Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell berkata, perjanjian ini adalah saat yang ditunggu oleh kanak-kanak dan keluarga di Gaza serta tawanan Israel yang ditahan di wilayah tersebut.

 

Beliau juga menekankan bahawa perang ini telah memberi kesan yang sangat dahsyat kepada kanak-kanak Gaza, dengan sekurang-kurangnya 14,500 kanak-kanak telah terkorban.

 

Muhannad Hadi, pegawai bantuan utama PBB untuk Palestin berkata, PBB bersedia untuk menyokong perjanjian ini dan memaksimumkan skala bantuan kemanusiaan sebaik mungkin kepada rakyat Palestin yang telah terlalu lama menanggung keadaan mengancam nyawa.

 

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pula menyeru agar akses kemanusiaan tanpa halangan diberikan dan berkata, mereka bersedia untuk menyediakan tempat perlindungan, air, bekalan sanitasi dan kebersihan kepada rakyat Palestin yang dipindahkan akibat perang tersebut.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo