![]() |
Laporan Sinar Harian mengenai kenyataan Donal Trump yang mahu pindahkan penduduk Palestin di luar Gaza. Gambar kanan: Wan Ahmad Fahysal |
SHAH ALAM - Cadangan terbaru Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump supaya lebih ramai pelarian Palestin ‘dipindahkan’ ke negara jiran terutama Mesir dan Jordan didakwa sebagai cubaan pembasmian etnik dan pengambilalihan tanah negara berkenaan.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau tidak terkejut dengan cadangan Trump kerana perkara itu memang sudah lama dirancang oleh pelobi Yahudi yang menjadi penyokong utama Presiden AS.
"Jika anda fikir Presiden Joe Biden (bekas Presiden AS) lebih zalim dan kejam..., tunggu dan lihat apa yang Trump bakal lakukan ke atas Gaza dan Palestin.
"Terkini, tanpa berselindung lagi Trump sedang menekan Jordan dan Mesir untuk menerima rakyat Palestin yang bakal diusir rejim Israel dari Gaza kerana mereka mahu mengosongkan wilayah yang didiami mereka," katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Trump dalam satu temu bual pada Sabtu mencadangkan pemindahan penduduk Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan.
Beliau menjelaskan, perkara tersebut telah dibangkitkan menerusi perbualan telefon dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II dan berkemungkinan menyatakan perkara sama kepada Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi pada Ahad.
Presiden AS itu turut menyifatkan Gaza sebagai ‘tapak perobohan’ kerana semuanya hampir musnah selain ramai telah meninggal dunia.
Wan Ahmad Fayhsal berkata, kini Trump yang telah menang dengan mandat yang lebih besar dan di penggal terakhirnya mampu melakukan perkara jauh lebih radikal daripada penggal pertama.
“Dalam temu bual bersama media di Rumah Putih baru-baru ini, Trump memperlihatkan pandangan alam dan kecenderungannya terhadap Gaza sebagai satu wilayah yang berpotensi dibangunkan semula dengan gaya bahasa seperti seorang pelabur hartanah.
“Beliau menyifatkan Gaza yang berdepan dengan pantai sebagai sebuah lokasi yang cantik. Ternyata kini semua itu bukan kenyataan kosong, tetapi telah lama dirancang oleh pelobi Israel di Washington.
"Ini adalah ‘Garis Merah’ yang kalau diceroboh oleh Zionis dan sekutunya, akan meledakkan Perang Serantau dan Dunia kerana Al-Aqsa adalah pusat yang menentukan sama ada dunia akan jadi lebih aman atau sebaliknya," katanya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment