KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga jam 1 pagi esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Di Kedah, kawasan terlibat meliputi Kulim dan Bandar Baharu, sementara di Perak merangkumi kawasan seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
Antara kawasan lain yang tersenarai adalah di Pahang (Cameron Highlands, Bentong, Temerloh dan Bera), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat).
Amaran sama turut melibatkan seluruh kawasan di Pulau Pinang, Melaka dan Labuan.
Sementara itu, kawasan terlibat di Sarawak meliputi Miri dan Limbang, manakala di Sabah, merangkumi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan). - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment