KLANG - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu bersedia menerima kritikan terhadap kepimpinannya tetapi menolak sebarang bentuk fitnah.
Beliau menegaskan, sebagai pemimpin dalam parti atau kerajaan, kritikan merupakan perkara biasa yang perlu ditangani.
"Saya sedia terima kritikan tapi tidak fitnah. Jadi, sebarang perasaan tidak puas hati kita raikan.
"Boleh kritik tapi janganlah letak dalam berita umum. Malah, kami dalam peringkat kepimpinan pun (adakalanya) tidak sependapat tetapi kita (amalkan konsep) kesatuan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Pidato Presiden sempena Konvensyen Amanah 2024 di salah sebuah hotel di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, melalui kritikan juga membantu sesebuah parti atau pentadbiran terus bergerak ke hadapan.
Sementara itu, Konvensyen Amanah 2024 turut meluluskan empat usul untuk dibahaskan pada kali ini.
Bagaimanapun satu daripadanya iaitu usul dikemukakan Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) menggesa kerajaan meminda Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan agar tidak diadakan pilihan raya kecil (PRK) disebabkan oleh kekosongan luar jangka ditolak selepas dibahaskan.
Tiga lagi usul dibahaskan dan diterima pula ialah menangani undi 18 untuk celik demokrasi melalui sistem pendidikan, menawan sokongan undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan Pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 untuk pelantikan Ahli Majlis Kuala Lumpur.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment