Seorang Ahli Parlimen PKR senada dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melihat tiada keperluan untuk menambah kawasan pilihan raya.
Hassan Karim berkata pertambahan bilangan ahli parlimen hanya meningkatkan ketegangan politik, kaum dan agama.
“Saya bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir. Jumlah 222 kawasan sekarang sudah cukup mewakili rakyat seluruh negara.
“Tambah kawasan pilihan raya hanya akan menambah ketegangan politik, kaum dan agama.
“Parlimen Malaysia tidak boleh jadi macam tin sardin yang sesak. Rakyat kita hanya 34.3 juta orang sahaja pada 2025,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada TV Pertiwi.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu diminta mengulas kenyataan Tun Mahathir yang membantah pertambahan bilangan kerusi Parlimen.
Tun Mahathir berkata 222 ahli parlimen sudah memadai malah 100 wakil rakyat bilangan ideal untuk membincangkan masalah rakyat.
Katanya, berdasarkan senario semasa, masyarakat menilai kira-kira 10 ahli parlimen sahaja yang aktif mengambil bahagian dalam perbahasan secara ilmiah.
Tambah beliau, jumlah wakil rakyat yang ramai menyebabkan ahli parlimen cenderung mendengar perbahasan tidak berkualiti dan tidak menguntungkan negara.
Sementara itu, ketika ditanya proses persempadanan semula yang akan berlangsung tidak lama lagi, Hassan berkata: “pada ketika ini tidak perlu.”
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment