BANGI, Khamis – Kerajaan memerlukan peruntukan RM392 bilion secara keseluruhan untuk menyelesaikan masalah banjir di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Bagaimanapun, beliau berkata, memandangkan peruntukan sedia ada hanya berjumlah RM3 bilion, maka isu ini dijangkan dapat diselesaikan dalam tempoh 100 tahun lagi.
“Kajian memang dah dibuat untuk 2023 sehingga 2100. Untuk selesaikan masalah banjir, kita memerlukan RM329 bilion tetapi peruntukkan kerajaan tidak akan sampai ke jumlah itu.
“Realitinya kemampuan kewangan kerajaan terhad. Sebab itu kita laksanakan projek mengikut keutamaan dari segi keutamaan mengikut negeri dan kawasan berdasarkan kajian tersebut,” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau yang bertanya sama ada kerajaan bersedia melantik badan bebas mengkaji dan melaksanakan rancangan menyelesaikan isu banjir di negara.
Mengulas lanjut, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, usaha menangani isu banjir memang sedang dilaksanakan, namun pembangunan projek tersebut dibuat secara berfasa mengikut peruntukan kewangan yang diterima.
Jelasnya, masalah banjir berpunca daripada pelbagai faktor seperti air pasang besar yang menyebabkan air laut melimpah dan juga hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir kilat apabila sungai dan parit tidak dapat menampung kuantiti air.
“Jadi ini memerlukan kerjasama daripada Persekutuan sama ada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) , Jabatan Kerja Raya, peringkat negeri, daerah serta majlis perbandaran.
“Disebabkan longkang-longkang kadang-kadang dibina untuk menampung sekian banyak air mengalir, tetapi disebabkan pembangunan bertambah, longkang itu tidak dapat menampung dan berlaku limpahan air.
“Sebab itu saya katakan projek telah pun siap, kita dapat menyaksikan kejayaan menangani risiko banjir tapi banyak lagi yang perlu kita laksanakan.
“Kalau ikut jangkaannya, RM329 bilion. Mungkin makan masa mengikut peruntukan yang sedia ada kita terima RM 3 bilion, 100 tahun lagi baru kita dapat selesaikan,” tambahnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment