NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemandu e-hailing berbangsa Cina burukkan Islam, Malaysia kepada pelancong asing



SHAH ALAM - Seorang pemandu e-hailing dikecam pengguna media sosial kerana didakwa memburukkan agama Islam dan Malaysia kepada dua pelancong dari England baru-baru ini.

Berdasarkan video tular yang berdurasi lebih dua minit, lelaki bernama Henry itu mendakwa tidak adil baginya kerana rakyat agama lain diminta untuk mengikut peraturan-peraturan agama Islam.

Katanya, dalam video yang dirakam oleh pelancong asing tersebut, negara ini dianggap tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan.

“Mereka minta untuk kita ikut agama dia, itu tidak adilkan? Mereka tidak minum, jadi mereka haramkan semua minuman keras.

“Tiada hiburan seolah-olah seperti duduk di dalam gua dan hutan,” katanya kepada warga asing yang merakam video sejurus menaiki keretanya.

Pemandu e-hailing itu turut mencadangkan pelancong berkenaan untuk mengambil visa dan terus bercuti di Thailand kerana ada pelbagai hiburan.

“Awak pergi Pulau Pinang, selepas itu boleh ke Langkawi, Kedah.

“Selepas ke Langkawi, boleh ambil visa dan pergi ke Thailand,” tambah pemandu e-hailing itu.

Bagaimanapun, pelancong berkenaan memaklumkan kepada Henry bahawa mereka pernah ke Thailand 10 tahun lalu.

Video tersebut turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati kerana perbuatan Henry memburukkan negara dan agama Islam.

Kebanyakan pengguna platform X menyarankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan kerana dia dianggap memainkan isu 3R (agama, raja dan kaum).

Selain itu, ada sesetengah pengguna platform tersebut meminta kad pengenalan dan lesen e-hailing ditarik semula.


Sumber | Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Ini memang tidak adil! Betul cakap pemandu itu.

    ReplyDelete
  2. Apa salah dia cakap? Kenapa orang sikit sikit terasa. Orang melayu kita sendiri yang memburukkan nama kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang mcm kamu akan hancurkan Malaysia

      Delete
  3. Orang macam abdul hadi yang patut dipenjarakan. Semua benda kecil nak buat tentang kaum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa dia benda kecil yg dia bangkitkan tentang kaum. Cuba kamu bagi contoh?

      Delete
    2. Di negara kita nak minum arak minumlah berapa tangkipun asal jangan di kelayak ramai dan jangan memandu nanti mabuk repuh orang yg tak bersalah(ramai dah mati direpuh pemabuk). Di Kelantan ada patung Budha terbesar di Asia Tenggara, ada patung duduk, berdiri dan tidur tidak diusikpun oleh kerajaan PAS dan org bukan bebas hidup dan mengamalkan agama mereka . Jangan fitnah. Realitinya org bukan Islam akan selamat berada di negara Islam dan belum tentu org Islam Selamat berada di negara bukan Islam . Contohnya spa jadi orang Islam di China, Israel, India. Sri Langka , Mysnmar, India dan lain2. Cuba bagi contoh negara Islam mana yg tindas org bukan Islam. Malaysia satu2nya yg benarkan bangsa lain buat sekolah ikut bangsanya.

      Delete

© all rights reserved
made with by templateszoo