NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kezaliman Sistematik Kerajaan PH/BN Terhadap ADN PN & Rakyat

Sejak berakhirnya PRN-15 yang menyaksikan 22 DUN di Selangor dimenangi oleh PN, kerajaan negeri pimpinan PH telah menunjukkan kezaliman sistemik yang nyata terhadap wakil rakyat pembangkang dan menafikan semangat demokrasi, menuju pentadbiran kuku besi. 

Antara tindakan yang tidak adil dan menindas ini termasuk:

šŸ­. š—£š—²š—»š—“š˜‚š—暝—®š—»š—“š—®š—» š——š—暝—®š˜€š˜š—¶š—ø š—£š—²š—暝˜‚š—»š˜š˜‚š—øš—®š—» š—”š——š—”: ADN yang dipilih rakyat hanya diperuntukkan RM6k untuk operasi Pejabat termasuk membayar gaji Pegawai Khidmat daripada peruntukan asal RM18k iaitu pengurangan lebih daripada 66%.

šŸ®. š—£š—²š—»š˜‚š—暝˜‚š—»š—®š—» š——š—®š—»š—® š—£š—²š—暝˜‚š—»š˜š˜‚š—øš—®š—» š˜‚š—»š˜š˜‚š—ø š—„š—®š—øš˜†š—®š˜ : Peruntukan ADN untuk rakyat juga diturunkan secara drastik dari RM950k ke RM400k, penurunan lebih daripada 57% yang secara langsung menjejaskan keperluan rakyat.

šŸÆ. š—£š—²š—ŗš—Æš—²š—暝—¶š—®š—» š—žš˜‚š—®š˜€š—® š—øš—²š—½š—®š—±š—® š—£š—²š—»š˜†š—²š—¹š—®š—暝—®š˜€ š˜†š—®š—»š—“ š—§š—¶š—±š—®š—ø š——š—¶š—½š—¶š—¹š—¶š—µ š—„š—®š—øš˜†š—®š˜ : Wakil yang tidak dipilih rakyat, yang digelar Penyelaras DUN, diberi 4 orang Pegawai Pentadbiran dari bajet kerajaan yang sepatutnya berkhidmat di Pusat Khidmat DUN pembangkang, menunjukkan manipulasi kuasa dan penafian prinsip demokrasi.

šŸ°. š—§š—¶š—±š—®š—ø š—•š—¼š—¹š—²š—µ š——š—¶š˜„š—®š—øš—¶š—¹š—¶ š—±š—¶ š— š—²š˜€š˜†š˜‚š—®š—暝—®š˜ š—„š—®š˜€š—ŗš—¶ : Pegawai-pegawai Pentadbiran ini boleh mewakili Ahli Parlimen, ADN, dan Penyelaras dari PH/BN untuk hadir ke mesyuarat-mesyuarat rasmi, sementara pegawai yang dibiayai oleh ADN pembangkang tidak dibenarkan mewakili ADN pembangkang, menggambarkan ketidakadilan yang menjadi amalan kerajaan PH/BN

šŸ±. š— š—®š—»š—¶š—½š˜‚š—¹š—®š˜€š—¶ š——š—®š—»š—® š—žš—²š—暝—®š—·š—®š—®š—»: Penyelaras DUN yang tidak dipilih oleh rakyat boleh menyalurkan sumbangan peruntukan kerajaan, manakala ADN pembangkang tidak dibenarkan, memanipulasi dana kerajaan untuk kepentingan politik.

Kezaliman dan ketidakadilan ini adalah salah bukan sahaja dari segi moral dan etika, tetapi juga menyalahi prinsip-prinsip asas demokrasi dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. 

Menurut š—£š—²š—暝—øš—®š—暝—® šŸµšŸ® š—Øš—»š—±š—®š—»š—“-š˜‚š—»š—±š—®š—»š—“ š—§š˜‚š—Æš˜‚š—µ š—”š—²š—“š—²š—暝—¶ š—¦š—²š—¹š—®š—»š—“š—¼š—æ šŸ­šŸµšŸ±šŸµ tiada diskriminasi yang seharusnya berlaku terhadap mana-mana kakitangan kerajaan atau wakil rakyat tanpa mengira latar belakang politik mereka.

Prinsip ini juga diperluas kepada pengagihan sumber dan peruntukan bagi memastikan semua wakil rakyat dapat menjalankan tugas mereka dengan efektif demi kepentingan rakyat.

Ketiadaan peruntukan yang adil dan saksama untuk ADN yang dipilih rakyat menunjukkan bahawa kerajaan lebih mementingkan agenda politik daripada kepentingan rakyat.

Penafian hak ADN pembangkang untuk terlibat secara aktif dalam pentadbiran negeri ini juga menafikan hak suara rakyat yang mereka wakili.

Adalah penting untuk mengembalikan keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran supaya kepentingan rakyat diutamakan, dan demokrasi dapat berfungsi dengan sewajarnya. 

Pemerintahan yang adil dan saksama adalah asas kepada kemakmuran dan kestabilan negeri, dan rakyat Selangor berhak untuk mendapatkannya.

YB Nushi Mahfodz
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor
ADN Semenyih

#AdilPrihatinBerkebajikan 
#BaktiDemiSelangor 
#kerajaanfail
#selamatkanmalaysia
#MalaysiaDeservedBetter
#PMXpembohong
#dieselnaikPMXturun

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo